awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah jerlus Masjid India: Mangsa dipercayai dihanyut arus deras - Polis

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/08/2024
11:10 MYT
Tanah jerlus Masjid India: Mangsa dipercayai dihanyut arus deras - Polis
Tinjauan Astro AWANI mendapati sekurang-kurangnya empat jengkaut berada di lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mengorek kawasan mendapan. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Wanita warga India yang terjatuh dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, dipercayai dihanyutkan arus deras bawah tanah.
Memetik kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa sebagai berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa memerlukan perancangan rapi kerana membabitkan infrastruktur awam.
Menurutnya, beliau difahamkan terdapat aliran air yang deras dan operasi SAR telah meliputi kawasan hujung bawah tanah tetapi belum menjumpai mangsa setakat ini.
“Kita sekarang (SAR) ikut peringkat dan perbincangan dibuat dengan pihak Indah Water Konsortium (IWK) dan agensi berkenaan berhubung pelan (infrastruktur) sebab kita tidak boleh buat sesuka hati.
"Saya dimaklumkan jika kita buat penutupan (paip/parit), dikhuatiri mungkin akan berlaku banjir di lokasi," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Jumaat.
Rusdi menambah pelbagai faktor perlu dipertimbangkan termasuk keadaan gas di bawah tanah.
“Sehubungan itu, setiap tindakan yang diambil perlulah berstrategi dan dirancang rapi demi keselamatan semua,” katanya.
Jelasnya, mangsa bersama beberapa ahli keluarga datang melancong ke Malaysia hampir dua bulan lalu dan bercadang untuk terbang pulang ke India esok.
Terdahulu, tinjauan Astro AWANI mendapati sekurang-kurangnya empat jengkaut berada di lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mengorek kawasan mendapan.
Operasi pencarian kini memasuki tempoh 10 jam sejak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 8.22 pagi tadi.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Rozihan Anwar Mamat dalam kenyataan operasi mengorek dilakukan bagi meluaskan kawasan pencarian mangsa yang terjatuh dalam kejadian itu.
Topic Berkaitan
#tanah jerlus
#Masjid India
#dihanyut arus deras bawah tanah
#jengkaut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan