awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah jerlus: Tiada keperluan isytihar kawasan Masjid India zon tidak selamat, bencana

Bernama
Bernama
29/08/2024
05:00 MYT
Tanah jerlus: Tiada keperluan isytihar kawasan Masjid India zon tidak selamat, bencana
Kakitangan DBKL melakukan penutupan jalan berikutan terdapat satu lagi kejadian tanah mendap di Masjid India pada Rabu. - Gambar fail/ Bernama
KOTA BHARU: Tiada keperluan untuk mengisytiharkan kawasan Masjid India yang terlibat dengan tanah jerlus sebagai zon tidak selamat dan bencana, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan itu selamat atau tidak, polis perlu mendapatkan kebenaran khas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Setakat ini, tiada keperluan untuk mengazetkan kawasan Masjid India sebagai zon tidak selamat kerana apa yang terjadi di kawasan itu (Masjid India) tidak dikategori sebagai bencana.
"Walaupun bukan bencana tetapi tindakan polis, jabatan bomba, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Angkatan Pertahanan Awam melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh seolah-olah seperti bencana kerana adanya pusat kawalan operasi," katanya dalam sidang media pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini operasi mengesan seorang wanita warga India yang masih hilang dalam kejadian tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur.
"Saya telah dua kali melawat kawasan Masjid India dan mendapati kerja-kerja pencarian mangsa wanita warga India yang masih hilang diteruskan dan kita akan mencari sehingga dijumpai.
"Selain itu, arahan yang telah diberikan kepada Ketua Polis Kuala Lumpur (Datuk Rusdi Mohd Isa) dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi (ACP Sulizme Affendy Sulaiman) untuk menutup semua semua 'chamber' dan pembentung," katanya.
Razarudin berkata laluan berkenaan ditutup di sepanjang Jalan Masjid India menuju ke Jalan Raja Laut untuk operasi pencarian mangsa.
Beliau berkata pihak berkuasa tidak mengarahkan mana-mana kedai di lokasi kejadian berhampiran ditutup.
"Saya tidak mahu mengulas panjang perkara ini kerana polis bukan daripada bahagian teknikal tetapi polis melibatkan keselamatan," katanya.
Insiden tanah jerlus itu telah menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah jerlus
#Masjid India
#zon bencana
#tidak selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan