Keluasan tanah rizab Melayu di negeri ini bertambah kepada 557,518 hektar sehingga April lepas berbanding 557,287 hektar pada Disember tahun lepas.
Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata Kulai merupakan daerah yang merekod keluasan tanah rizab Melayu tertinggi iaitu 75.64 hektar, diikuti Kota Tinggi seluas 49.354 hektar manakala Pengerang seluas 34.54 hektar.
"Dalam rekod yang ada pada saya, sehingga April 2019 pertambahan jumlah keluasan tanah rizab Melayu sejak Pakatan Harapan (PH) meneraju kepimpinan Johor adalah sebanyak 230.24 hektar," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Muhamad Said Jonit (PH-Mahkota) yang ingin tahu jumlah tanah rizab Melayu sejak kerajaan PH mengambil alih kepimpinan negeri.
Dr Sahruddin menegaskan kerajaan negeri amat komited dalam soal memelihara kepentingan Bumiputera.
Beliau berkata kerajaan negeri juga akan terus berusaha memastikan tanah rizab Melayu terpelihara kerana perkara berkenaan amat penting dalam menjaga hak orang Melayu, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya dalam bidang hartanah dan perumahan.
"Walaupun negeri Johor merupakan pilihan pelabur dalam dan luar negara ke negeri ini tetapi kerajaan negeri sedar akan kepentingan untuk memelihara dan memastikan rizab Melayu ini terus menjadi keutamaan kerajaan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2019

Dr Sahruddin menegaskan kerajaan negeri amat komited dalam soal memelihara kepentingan Bumiputera. - Gambar fail

AWANI Ringkas: KJ jamin tidak ambil tindakan jejaskan kesejahteraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perancis lumpuh, ramai mogok bantah usia persaraan
Kira-kira sejuta orang dilaporkan turun ke jalan raya di seluruh negara semalam untuk tujuan itu.

Lelaki Switzerland punyai jangka hayat paling tinggi di dunia
Menurut Stephane Cullati dari Universiti Fribourg, terdapat hubung kait antara tahap pendidikan dan purata jangka hayat.

Pelancong | Masa untuk rombak sektor pelancongan
Cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) mengunjurkan ketibaan pelancong di Malaysia melonjak hampir empat kali kepada 9.6 juta pada 2023 daripada anggaran 2.5 juta tahun lalu. Kenanga menjelaskan unjuran itu disokong oleh penyambungan semula perjalanan udara bagi urusan perniagaan dan pelancongan di seluruh dunia apabila pandemik COVID-19 berakhir, pembatalan semua kuarantin semasa ketibaan dan keperluan saringan di Malaysia mulai 1 Ogos, 2022 selain pembukaan semula China secara beransur-ansur.

Jiwa SME | Pemasaran rempeyek dalam talian capai peringkat antarabangsa
Kudapan tradisional 'rempeyek' yang telah diinovasikan kepada pelbagai rasa telah menjana pendapatan jutaan ringgit. Itu kejayaan yang dicapai Krup Krap My International Sdn Bhd yang mula diuahakan di rumah sahaja sejak lebih 3 tahun lepas dan turut melahirkan puluhan usahawan yang sudah bergelar jutawan. Pemiliknya seorang wanita muda, graduan Universiti Teknologi Petronas Nuramalina Ahmad Baharudin bijak mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya semasa zaman universiti sehingga berjaya diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Korporat | Perodua kenal pasti dua cabaran tahun ini
Dua cabaran utama dikenalpasti oleh Perodua bagi tahun ini melibatkan peningkatan kapasiti vendor dan bekalan semikonduktur. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata syarikat itu sudah merangka strategi bagi memastikan dua cabaran ini diurus dengan baik.

Automotif | Tempahan tanpa SST akan tetap diberikan selepas tarikh akhir
Perodua memberi jaminan semua tempahan yang dibuat sebelum pengecualian SST dihentikan akan tetap diberikan meskipun pelanggan menerima kenderaan selepas 31 Mac, iaitu tarikh akhir serahan bagi tempahan dengan pengecualian SST. Ketika ini Perodua mempunyai sejulah 220,000 tempahan tertunggak.

Video Trump beri keterangan bersumpah didedah
Trump membuka keterangan bersumpah itu dengan menggunakan Pindaan Kelima dan enggan menjawab soalan yang diberikan Peguam Negara.

Pantau Kerajaan Baharu: Cari keseimbangan pembangunan, warisan dan identiti negara
Sempena Hari Wilayah, tetamu, Ts Dr Shahariah Norain Shaharuddin, Pensyarah Kanan (Konservasi Warisan), Fakulti Alam Bina dan Ukur akan mengupas bagaimana kita semua boleh mencari keseimbangan dalam menyokong kerancakan pembangunan pada masa sama, tetap teguh memelihara seni bina warisan seperti bangunan bersejarah, masjid, tempat kediaman yang menjadi identiti negara.

Lebih 25,000 unit kediaman, komersil dibina sejak 50 tahun - Naza TTDI
Syarikat akan terus memanfaat pengalaman dan pencapaian dalam membina perbandaran terkemuka berskala besar, projek premium dan mercu tanda.

MA63: Terjemah keputusan kerajaan melalui pembangunan bermanfaat
Kebenaran Kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan projek dengan kos di bawah RM50 juta diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sabah dan Sarawak perlu diterjemah kepada pembangunan.

Jumlah penduduk bumiputera dianggar 21.13 juta tahun ini - DOSM
Jumlah penduduk lelaki ialah 10.69 juta mengatasi perempuan 10.44 juta dengan nisbah jantina 102 lelaki berbanding 100 perempuan.

Fadillah TPM, empat lagi Ahli Parlimen GPS sertai Kabinet Kerajaan Perpaduan
empat lagi Ahli Parlimen GPS yang menyertai kabinet kerajaan perpaduan ialah Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Nancy Syukri, Datuk Seri Tiong King Sing dan Datuk Ago Dagang.

Syarikat tempatan digesa manfaatkan peluang di semua rantaian pelaksanaan 5G - Teraju
Teraju mengesa syarikat telekomunikasi tempatan untuk memanfaatkan peluang di sepanjang rantaian dalam pelaksanaan kemudahan 5G di Malaysia.

Dana Permodalan Semula PKS dilancar
Usahawan PKS akan dapat menstrukturkan semula keperluan kewangan perniagaan mereka dan ia dijangka memanfaatkan hampir 600 PKS.

Ibu Hanim cekal lahirkan usahawan impak tinggi setanding perniagaan korporat antarabangsa
Program itu melibatkan kumpulan usahawan yang sudah memiliki perusahaan masing-masing dan berhasrat mengukuhkan kedudukan dalam pasaran.

Inisiatif PERDA perkasakan usahawan luar bandar
Ekspo Usahawan PERDA diperkenalkan bertujuan untuk mempromosikan produk keluaran usahawan khususnya usahawan luar bandar Pulau Pinang.

Teruskan projek Mara Digital - Ismail Sabri
Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah diarah meneruskan projek Mara Digital bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera membabitkan diri sebagai usahawan teknologi maklumat (IT).

50 tahun UDA: 'Bersama Meneruskan Legasi', perkasa usahawan Bumiputera
Majlis Makan Malam Ulang Tahun UDA Ke-50 diadakan bagi menghargai pelbagai pihak yang menyokong UDA sejak 1971 sehingga kini.

Pengurusan pusat beli-belah milik GLC akan disemak semula
Perkara ini bertujuan meningkatkan status sosio-ekonomi bumiputera dan penglibatan usahawan bumiputera di pusat beli-belah.