awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa ke-24 tiba di Jabatan Forensik HSB

Fareez Azman
Fareez Azman
17/12/2022
11:10 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa ke-24 tiba di Jabatan Forensik HSB
Mangsa kanak-kanak perempuan itu dibawa menaiki kenderaan polis, dan tiba pada kira-kira jam 6.50 petang diiringi dua anggota pasukan berkenaan. - Astro AWANI
SUNGAI BULOH: Mayat mangsa ke-24 yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh sebentar tadi.
Mangsa kanak-kanak perempuan itu dibawa menaiki kenderaan polis, dan tiba pada kira-kira jam 6.50 petang diiringi dua anggota pasukan berkenaan.
Mayat kanak-kanak yang belum diketahui identitinya itu ditemui pada jam 4.05 petang di bahagian sektor pencarian A (Hillview) di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm.
Sehingga kini, 24 mangsa disahkan terkorban, manakala sembilan lagi masih hilang dalam kejadian itu.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Satu mayat kanak-kanak perempuan ditemukan, angka korban 24
Sehingga jam 7.00 malam Sabtu, enam mayat mangsa telah dibawa keluar dari Jabatan Forensik selepas selesai proses bedah siasat.
Kesemua mayat mangsa dibawa keluar menaiki kenderaan kenderaan pusat pengebumian Nirvana untuk upacara pengebumian.
Turut kelihatan, beberapa ahli keluarga mangsa yang menunggu proses bedah siasat dan pengecaman mayat dijalankan.
Topic Berkaitan
#Tanah Runtuh Batang Kali
#Father s Organic Farm
#mayat kanak-kanak
#Jabatan Forensik HSB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan