awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR ditangguh akibat cuaca

Fareez Azman
Fareez Azman
18/12/2022
14:05 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR ditangguh akibat cuaca
Operasi SAR yang ditangguhkan malam ini dijangka disambung semula jam 8 pagi esok. - Gambar fail/ Bernama
BATANG KALI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali ditangguhkan malam ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah, pihaknya terpaksa menangguhkan operasi itu ekoran faktor cuaca yang tidak mengizinkan akibat hujan.
"Operasi mencari dan mengesan hari ini ditangguhkan setelah saya buat perbincangan dengan pihak bomba.
"Keadaan cuaca amat tidak mengizinkan, pihak penyelamat di barisan hadapan menghadapi cabaran disebab keadaan cuaca. Hujan menyebabkan tanah di kawasan runtuhan tidak stabil dan boleh mengundang ancaman kepada pasukan penyelamat.
Tragedi Batang Kali | Bayi setahun mangsa termuda meninggal dunia
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Operasi hari ketiga diteruskan, 9 mangsa masih hilang
"Mereka (pasukan menyelamat) berhadapan dengan bahaya, pergerakan tanah juga tidak stabil ia boleh mencetuskan tempat pencarian terdedah dengan ancaman.
"Operasi kita tangguh dahulu, kita akan sambung semula esok, ia bergantung kepada keadaan cuaca. Kita (kalau boleh) nak adakan operasi ini 24 jam tapi keadaan cuaca tidak mengizinkan," katanya kepada pemberita di sini, malam ini.
Operasi SAR ditangguhkan sebentar kira-kira jam 5 petang tadi susulan hujan lebat di kawasan berkenaan, sebelum disambung semula tidak lama kemudian.
Sehingga kini, sembilan lagi mangsa masih lagi hilang di kawasan runtuhan tapak perkhemahan di Father's Organic Farm di sini yang berlaku awal pagi Jumaat lalu.
Operasi SAR dijangka disambung semula jam 8 pagi esok.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#operasi sar
#identiti mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan