awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah Runtuh Batang Kali: "Semua petugas cekal, sudah terlatih meskipun berdepan cabaran" - KPN

Fareez Azman
Fareez Azman
19/12/2022
08:15 MYT
Tanah Runtuh Batang Kali: "Semua petugas cekal, sudah terlatih meskipun berdepan cabaran" - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menzahirkan penghargaan terhadap komitmen pasukan petugas operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di kawasan Father's Organic Farm, Batang Kali. - fotoBERNAMA
HULU SELANGOR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menzahirkan penghargaan terhadap komitmen pasukan petugas operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di kawasan Father’s Organic Farm, Batang Kali, di sini.
Menurut beliau, meskipun berdepan cabaran yang besar namun setiap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sememangnya sudah terlatih dengan cabaran yang mereka hadapi.
“Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sememangnya sudah terlatih dari segi emosi dan fizikal dalam apa jua cabaran dan keadaan terutama melibatkan bencana seperti SAR.
“Setiap penugasan mereka telah diatur baik dengan mengambil kira aspek kebajikan dan kepakaran masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Tambah Acryl Sani, kualiti persediaan dan latihan serta penugasan telah diterapkan sebagai pengetahuan dan kemahiran pengurusan dari aspek psikologi berkesan.
LIPUTAN KOMPREHENSIF TRAGEDI TANAH RUNTUH BATANG KALI DI SINI
Dalam masa sama, beliau yakin setiap anggota yang bertugas akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam usaha pencarian mangsa itu.
“Walaupun keletihan, saya yakin barisan petugas dapat memberikan sepenuh komitmen dalam melaksanakan misi mencari dan menyelamat tersebut.
“Alhamdulillah, kerjasama daripada pelbagai agensi dan NGO terlibat, petugas SAR sentiasa cekal dan bersemangat dalam menjalankan tugas.
“Insya-Allah, sama-sama kita berdoa semoga semua urusan dipermudahkan dan semua mangsa yang hilang ditemui,” katanya lagi.
Memasuki hari keempat, operasi SAR masih diteruskan bagi mengesan sembilan lagi mangsa masih hilang di lokasi kejadian tanah runtuh itu.
Operasi mencari dan menyelamat bersambung semula pukul 8 pagi ini dijangka diteruskan sehingga pukul 4 pagi Selasa.
Topic Berkaitan
#Tanah Runtuh Batang Kali
#Ketua Polis Negara
#Acryl Sani Abdullah Sani
#Father's Organic Farm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan