awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Wanita hamil antara yang cedera - Dr Zaliha

Sinar Harian
Sinar Harian
16/12/2022
04:40 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Wanita hamil antara yang cedera - Dr Zaliha
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa bercakap pada sidang media mengenai kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali ketika ditemui di Hospital Selayang hari ini. - Foto BERNAMA
SELAYANG: Seorang wanita hamil merupakan antara mangsa cedera dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali awal pagi Jumaat.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, mangsa merupakan salah seorang daripada tujuh mangsa yang sedang dirawat di tiga hospital di Lembah Klang setakat ini.
"Kita bimbang kalau ada apa-apa dengan kandungan dia tapi setakat ini alhamdulilah mangsa dalam keadaan stabil dan boleh berkomunikasi dengan kita cuma dia hanya mengalami pening dan sedang menerima rawatan.
"Tiga mangsa dirawat di Hospital Selayang, tiga di Hospital Kuala Kubu Bharu dan seorang mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setakat jam 11 pagi," katanya pada sidang media ketika melakukan lawatan di Hospital Selayang di sini pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat kepada 13
Tragedi Batang Kali: Perkembangan terkini tanah runtuh (Setakat jam 12 tengah hari)
Mengulas lanjut, Zaliha berkata, setakat ini sebahagian besar kes cedera adalah dalam kategori zon hijau. "Ada mangsa yang mengalami luka yang agak teruk dan kita telah ambil tindakan.
"Satu kes zon merah dihantar terus ke HKL kerana ada kecederaan tulang belakang membimbangkan," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#Menteri Kesihatan
#Dr Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan