awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, lorong ditutup 100m

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
19/10/2019
02:12 MYT
Tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, lorong ditutup 100m
Pengguna jalan raya dinasihat lebih berwaspada apabila melalui kawasan tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands ini. Foto ihsan Jabatan Kerja Raya.
Hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan berlaku tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands pada tengah malam tadi.
Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, kejadian berlaku di Seksyen 31.6, Laluan FT 185 kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Menurutnya, kawasan terlibat adalah sepanjang 100 meter dengan kedalaman 20 meter.
“Satu laluan arah utara telah ditutup selain pemasangan papan tanda keselamatan dan pemantauan oleh pihak Jabatan Kerja Raya serta syarikat konsesi Belati Wangsa,” katanya di sini, hari ini.
Di samping itu, kata Abdul Yunus, arahan kerja juga telah dikeluarkan kepada kontraktor untuk pemilikan tapak pada Isnin.
“Kontraktor akan mulakan kerja dengan segera selepas insuran kerja diperolehi,” ujarnya.
Beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada apabila melalui kawasan berkenaan, lebih-lebih lagi jumlah kenderaan dijangka bertambah kerana cuti hujung minggu.
“Pihak yang berkaitan telah mengambil tindakan segera bagi membendung kejadian buruk daripada berlaku,” katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Yunus Jamhari
#arahan kerja
#Cameron Highlands
#Exco
#hujan lebat
#Jabatan Kerja Raya
#keselamatan
#Kontraktor
#pemilikan tapak
#syarikat konsesi
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan