awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh: Kawasan lombong emas Kampung Air Sejuk ditutup

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
17/12/2021
00:41 MYT
Tanah runtuh: Kawasan lombong emas Kampung Air Sejuk ditutup
Penutupan daripada Pentadbir Tanah Setiu itu dibuat bagi mengelak lokasi berkenaan dikunjungi orang ramai. - Astro AWANI
SETIU: Kawasan perlombongan emas di Kampung Air Sejuk, Setiu ditutup susulan kejadian tanah runtuh sehingga mengorbankan nyawa seorang lelaki yang tertimbus tanah ketika melakukan kerja-kerja mencari emas.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Hussin berkata penutupan daripada Pentadbir Tanah Setiu itu dibuat bagi mengelak lokasi berkenaan dikunjungi orang ramai.
Katanya tindakan tegas juga akan dikenakan kepada mana-mana individu yang memasuki kawasan berkenaan sekaligus bagi menggelakkan insiden sama berulang.
Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Pejabat Daerah Setiu bagi mencari jalan penyelesaian yang lebih menyeluruh berhubung perkara tersebut.
Terdahulu seorang lelaki maut selepas tertimbus tanah ketika melakukan kerja-kerja mencari emas di Kampung Air Sejuk pada Rabu.
BACA: Lelaki maut tertimbus ketika melombong emas
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Mohd Johari Mohd Asri, 34, maut di tempat kejadian.
Ketika kejadian, mangsa bersama bapanya sedang melakukan kerja-kerja melombong emas di kawasan berkenaan sebelum berlaku runtuhan tanah yang menyebabkan mangsa tertimbus.
Topic Berkaitan
#lombong emas
#Kampung Air Sejuk
#Afandi Hussin
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan