awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh: Mangsa meningkat 11 orang, 2 maut dan seorang kanak-kanak hilang

Sinar Harian
Sinar Harian
15/09/2025
12:05 MYT
Tanah runtuh: Mangsa meningkat 11 orang, 2 maut dan seorang kanak-kanak hilang
Anggota JBPM Sabah masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul pada Isnin. - Sinar Harian
PAPAR: Dua individu termasuk seorang kanak-kanak dilaporkan maut manakala seorang lagi masih hilang selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah di Kampung Marahang Tuntul, di sini pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Dua mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut selepas rumah mereka dihempap tanah runtuh sekitar jam 9 pagi; identiti masih belum dikenal pasti.
  • Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun masih hilang, dan operasi mencari serta menyelamat sedang giat dijalankan oleh pasukan bomba.
  • 16 anggota bomba dikerahkan ke lokasi sejauh 13 kilometer dari BBP Papar, dan mangsa yang ditemui telah diserahkan kepada pihak polis.

Dalam kejadian sekitar jam 9 pagi itu, mangsa yang terkorban merupakan seorang wanita berusia 32 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, namun identiti kedua-duanya masih belum dikenal pasti.
Seorang lagi mangsa, iaitu kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, masih belum ditemui dan operasi mencari serta menyelamat sedang dilakukan oleh pasukan bomba.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 9.20 pagi.
Katanya, seramai 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 13 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.
“Menurut komander operasi, terdapat kejadian tanah runtuh yang menghempap rumah dan tiga mangsa dilaporkan terlibat.
“Dua mangsa tertimbus berjaya ditemui meninggal dunia oleh pasukan bomba, masing-masing pada jam 4.20 petang dan 4.25 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis, manakala seorang lagi mangsa masih dalam pencarian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mohd Pisar berkata, maklumat lanjut mengenai operasi itu akan dikemas kini dari masa ke masa. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Sabah
#mangsa meningkat
#Kampung Marahang Tuntul
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan