Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan

Kawasan tanah runtuh yang terletak di Kompartmen 31 Hutan Simpan Bukit Kinta dan berhampiran dengan sebuah kawasan kedai makan. - Tangkap layar media sosial
IPOH: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands yang dikesan berlaku tanah runtuh akan ditutup selama sebulan sehingga siasatan lengkap dibuat.
Ringkasan AI
- Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands akan ditutup selama sebulan susulan tanah runtuh yang berlaku.
- Penutupan berikutan risiko tinggi tanah runtuh di kawasan tersebut yang diluar seliaan Jabatan Kerja Raya.
- Penutupan dilakukan di bawah bidang kuasa Jabatan Hutan dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
“Lokasi cerun tersebut berada di luar seliaan atau rizab Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Walau bagaimanapun, melalui semakan awal, lokasi tersebut adalah merupakan kawasan tanah tambak dan risiko kejadian tanah runtuh adalah tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini.
Sehubungan dengan itu, kata beliau, merujuk kepada keadaan semasa, pihak JKR menasihatkan supaya lokasi tersebut ditutup daripada sebarang aktiviti bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Jelasnya, tindakan penutupan lokasi tersebut adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Hutan serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan.
Terdahulu tular di media sosial TikTok sejak semalam rakaman dron yang dimuat naik oleh ‘Mummy Naura’ di satu tapak makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands yang nampak seakan terdapat hakisan tanah di sebelah ruang makan.
Mohammad Nizar berkata, kawasan tanah runtuh tersebut terletak di Kompartmen 31 Hutan Simpan Bukit Kinta dan berhampiran dengan kawasan kedai makan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


