Skip to main content

Malaysia

Tanda Bangga: CEFL kibar Jalur Gemilang di Cambridge, rai Hari Malaysia

 Cambridge English For Life (CEFL ) berbangga apabila tahun ini mereka bukan sahaja menyambut ulang tahun ke-25 penubuhannya, tetapi juga meraikan Hari Malaysia di Cambridge, UK. - Foto Astro Awani
Elsie dan Sim mengibarkan Jalur Gemilang bersama petugas-petugas dan usahawan francais sempena Hari Malaysia di Cambridge, United Kingdom. - Foto Astro AWANI
Advertisement

CAMBRIDGE: Tarikh 16 September menjadi satu lagi tanggal yang bermakna kepada pusat pendidikan bahasa tempatan, Cambridge English For Life (CEFL) apabila lebih 26 orang terdiri daripada petugas dan usahawan francaisnya menyambut Hari Malaysia di sini bagi memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh sama tahun 1963.

Dalam kemeriahan sambutan itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CEFL, Dr Elsie Chin dan Pengarah Eksekutif Daniel Sim turut sama meraikan hari bersejarah tersebut.

Kedua-dua mereka dilihat mengibarkan Jalur Gemilang bersama para petugas dan usahawan francais sempena Hari Malaysia.

Kesemua mereka sejak awal pagi, mengambil kesempatan untuk saling mengucapkan "Selamat Hari Malaysia" dan mengakui berasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Lebih bangga apabila pada tarikh 16 September, mereka membawa nama Malaysia di sini, selain menzahirkan penghargaan serta solidariti untuk terus membanggakan negara menerusi usaha yang digerakkan.

“Di sebalik segala cabaran yang dilalui, kami turut sama meraikan Hari Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang bersama warga Cambridge di United Kingdom.

“Ia adalah sebuah tanda bahawa kasih, bangga dan solidariti antara Malaysia dan Cambridge terus kukuh merentasi sempadan," kata Elsie.

Image
Cambridge English For Life (CEFL ) berbangga apabila tahun ini mereka bukan sahaja menyambut ulang tahun ke-25 penubuhannya, tetapi juga meraikan Hari Malaysia di Cambridge, UK. - Foto Astro Awani
Selamat Hari Malaysia daripada CEFL buat seluruh rakyat Malaysia. - Foto Astro AWANI

Bermula sebagai sebuah inisiatif pendidikan tempatan pada tahun 2001, CEFL kini berkembang kepada 72 pusat di seluruh negara serta berjaya membimbing lebih 200,000 pelajar pelbagai peringkat usia.

Lebih membanggakan, CEFL menjadi antara institusi terawal di Malaysia yang menerapkan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) dalam sistem pembelajaran mereka, jauh sebelum piawaian antarabangsa itu diperkenalkan secara meluas di sekolah tempatan.

Sebagai institusi pendidikan bahasa Inggeris tempatan, CEFL melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila diiktiraf oleh ASIA Book of Records sempena sambutan jubli perak penubuhannya pada tahun ini.

“Dari Cambridge dan membawa nama Malaysia di bumi Cambridge, Selamat Hari Malaysia daripada CEFL buat seluruh rakyat Malaysia,” kata Elsie.
 

Must Watch Video

Advertisement