Skip to main content

Malaysia

Tanda Putera: Kerajaan Pulau Pinang nafi sumbangan Tun Razak dan Tun Dr Ismail?

61377778236_295x200.jpg
Advertisement
Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang menasihatkan pawagam di negeri itu agar tidak menayangkan Tanda Putera sebagai refleksi pendirian menafikan sumbangan dua tokoh negarawan Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.

Pengarah dan Penerbit filem tersebut, Datin Paduka Shuhaimi Baba berkata senario itu juga menterjemah sentimen prejudis yang menebal sekaligus tidak dapat membezakan antara politik dan karya seni.

Shuhaimi ditemu bual selepas menjadi panel diskusi Analisis Awani di Astro AWANI.




Pada masa yang sama, beliau berharap masyarakat terus matang di dalam menerima karya seni yang menceritakan lipatan sejarah negara. 

Sementara itu, memetik laporan portal Malaysiakini, kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dilapor telah meminda surat kepada para pengendali panggung wayang dalam tempoh 24 jam.

Pindaan itu melibatkan perkataan "menasihatkan" dan bukan "mengarahkan" Tanda Putera tidak ditayangkan di pulau mutiara itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendedahkan surat baru itu dalam sidang medianya hari ini, sambil mendakwa surat sebelum ini salah.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang sebelum ini dilapor berkata, lesen premis pawagam dan tempat hiburan dikeluarkan oleh MPPP diarah tidak menayangkan filem itu kerana mengandungi babak sensitif mengenai tragedi berdarah 13 Mei kepada masyarakat tempatan.

Must Watch Video

Advertisement