awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangan lelaki menggigil sebelum maut jatuh dalam sungai di Gerik

Bernama
Bernama
22/07/2024
15:14 MYT
Tangan lelaki menggigil sebelum maut jatuh dalam sungai di Gerik
Zulkifli berkata siasatan lanjut terhadap saksi iaitu rakan mangsa yang berusia 39 tahun menyatakan pada hari tersebut kira-kira 10 pagi, mangsa bersama saksi telah pergi memukat ikan di Sungai Perak menggunakan bot milik mangsa. - Gambar IPD Gerik
IPOH: Tangan seorang lelaki menggigil sebelum beliau terjatuh ke dalam sungai, dalam satu kejadian berdekatan Jeti Kampung Pulau Belayar di Gerik, semalam.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata pihak menerima laporan berkaitan kematian lelaki berusia 46 tahun itu 5.10 petang semalam, terus menjalankan siasatan serta pemeriksaan awal di tempat kejadian dan tubuh mangsa.
Beliau berkata pihaknya mendapati tiada berlakunya unsur-unsur jenayah dan pegawai kesihatan Hospital Gerik mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Zulkifli berkata siasatan lanjut terhadap saksi iaitu rakan mangsa yang berusia 39 tahun menyatakan pada hari tersebut kira-kira 10 pagi, mangsa bersama saksi telah pergi memukat ikan di Sungai Perak menggunakan bot milik mangsa.
"Kira-kira 4.30 petang mereka telah kembali dan merapatkan bot ke Jeti Kampung Pulau Belayar semasa mangsa dan rakan menarik bot untuk diikat di daratan, tiba-tiba rakannya melihat mangsa dalam keadaan tidak selesa, berdiri dalam keadaan tangan menggigil, kemudian jatuh ke dalam sungai.
"Rakannya terus bertindak menyelamatkan mangsa dan berjaya membawa naik ke tebing sungai. Pegawai kesihatan sampai di tempat kejadian terus membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Zulkifli berkata kira-kira 3 petang tadi, bedah siasat telah dijalankan Bahagian Forensik Hospital Gerik dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan jenazah mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
"Pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#bedah siasat
#meninggal dunia
#tebing sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan