awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakisan pantai Batu Ferringhi, Tanjong Bungah: JPS laksana langkah mitigasi
PM Anwar setuju ujian diagnostik kemasukan Tahun Satu tidak dilaksana
ATAM kerjasama dengan pemain industri di Krabi, bangunkan asnaf Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangan saya menggigil, geram tengok tertuduh - Keluarga Suri

Sinar Harian
Sinar Harian
27/01/2026
02:25 MYT
Tangan saya menggigil, geram tengok tertuduh - Keluarga Suri
Ahli keluarga hadir ke Mahkamah Majistret Rembau seawal 7.30 pagi. Gambar kecil: Allahyarham Suri. - Foto Sinar Harian
REMBAU: Keluarga kepada Allahyarham Suri Narudin, 53, yang mayatnya ditemukan dalam beg di sebuah rumah di daerah ini bulan lalu, hadir ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa bagi mengikuti prosiding sebutan semula kes pembunuhan wanita berkenaan.
Seawal jam 7.30 pagi, mereka sudah tiba di mahkamah, malah sanggup menempah rumah inap desa di kawasan berhampiran.
Anak saudara Allahyarham, Sara Alias, 38, berkata, mereka membuat keputusan hadir kerana mahu mengikuti sendiri perkembangan kes tersebut.
“Kali pertama prosiding sebelum ini di Mahkamah Tampin kami tidak berpeluang hadir dan disebabkan itu, kali ini kami tidak mahu ketinggalan.
“Sememangnya kami boleh membaca perkembangan kes ini melalui media, namun jika berkesempatan, kami mahu menjadi antara yang terawal mengetahui segalanya,” katanya ditemui di sini pada Selasa.
Menurutnya, dia yang bekerja di sektor swasta di Ampang, Kuala Lumpur mengambil cuti selama dua hari semata-mata untuk hadir ke mahkamah.
Jelasnya, terdapat ahli keluarga yang sanggup datang dari Kuching, Sarawak dan Pulau Pinang kerana mahu melihat sendiri tertuduh.
“Perasaan saya bercampur baur apabila melihat tertuduh. Tangan saya menggigil, rasa geram, marah dan sedih.
“Kami semua berharap tertuduh akan dikenakan hukuman setimpal dan keadilan dapat ditegakkan untuk arwah,” katanya.
Media pada 26 Disember lalu melaporkan seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin atas pertuduhan membunuh Suri yang mayatnya ditemukan di dalam beg dan ditanam di belakang sebuah rumah di Rembau.
Tertuduh, Zainizan Zainal, 51, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki yang tidak diwakili peguam itu didakwa membunuh Suri, 53, di kawasan belakang sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi, Rembau antara 7 hingga 18 Disember lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mayat wanita dalam beg
#Suri Narudin
#Rembau
#Mahkamah Majistret
#kes bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan