ASEAN perlu bertindak secara kolektif dalam menangani ancaman kumpulan militan IS kerana ia tidak boleh dibendung sekiranya negara anggota bertindak secara bersendirian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau menggesa supaya kerjasama lebih rapat dijalinkan dalam kalangan 10 negara anggota ASEAN bagi memastikan pengaruh dan ancaman IS tidak menggugat kestabilan dan keamanan rantau ini.
"ASEAN secara kolektif dan bilateral boleh bekerjasama dengan lebih erat lagi untuk menangani ancaman IS yang tidak boleh dan tidak mampu kita tangani secara bersendirian," katanya.
Najib ditemu ramah Bernama menjelang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 di Kuala Lumpur dan Langkawi pada 26 dan 27 April.
Beliau berkata ASEAN sememangnya tidak berpeluk tubuh dalam berdepan dengan isu itu malah telah menggerakkan kerjasama dalam kalangan menteri pertahanan dan menteri dalam negeri selain pasukan polis dan tentera.
Najib menjangka isu berkenaan akan disentuh apabila ketua-ketua kerajaan ASEAN bersidang kelak.
Mengupas konsep kesederhanaan yang sememangnya telah diterima dalam kalangan negara ASEAN, perdana menteri berkata ia perlu terus dipupuk dalam usaha mengekalkan keamanan dan kedamaian serantau.
"Ia perlu diterap dalam mesej atau naratif ketika sidang-sidang ASEAN bagi mengingatkan kita semua bahawa kalau rantau ini ingin kekal aman dan damai, kita mesti menolak fahaman fanatik, ekstremis dan militan," katanya.
Beliau menarik perhatian bahawa fahaman menyeleweng seumpama itu bukan merupakan ajaran sebenar mana-mana agama.
Dalam konteks ASEAN, Najib berkata pelbagai agama dan fahaman diamalkan namun ia tidak harus menjurus kepada timbulnya konflik atau perbalahan.
"Inilah mesej yang kita cuba terapkan bukan sahaja semasa Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada 2015 tetapi untuk tempoh berterusan," kata Najib.
Bertemakan 'Rakyat Kita, Komuniti Kita, Wawasan Kita', wawasan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN yang disandang sejak 1 Jan ialah untuk mewujudkan 'ASEAN Berpaksikan Rakyat' melibatkan semua sektor masyarakat dalam aktiviti-aktiviti kumpulan ini.
ASEAN dianggotai Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Bernama
Thu Apr 23 2015
NAJIB: ASEAN perlu bertindak secara kolektif dalam menangani ancaman kumpulan militan IS. - Foto Bernama
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.