awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendakwa raya tuntut hukuman mati terhadap bekas presiden Korea Selatan, Yoon
Trump seru rakyat Iran teruskan protes, dakwa bantuan dalam perjalanan
UEC: Pengiktirafan perlu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tangani masalah ini dulu YB" - Tegur Syed Saddiq kepada Timbalan Menteri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/03/2020
06:10 MYT
"Tangani masalah ini dulu YB" - Tegur Syed Saddiq kepada Timbalan Menteri
Syed Saddiq menggesa Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga memfokuskan nasib 13,000 kakitangan MAS berbanding pelaksanaan polisi pemakaian, ketika ini. - Gambar fail BERNAMA
Tindakan Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Siti Zailah Mohd Yusoff yang dilihat lebih memfokuskan kepada isu pelaksanaan polisi menutup aurat membabitkan kru syarikat penerbangan telah mendapat teguran Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menurut Ahli Parlimen Muar itu, ketika ini penekanan perlu diberikan kepada membela nasib 13,000 kakitangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) yang ditawarkan bercuti tanpa gaji susulan penularan wabak COVID-19, berbanding isu tersebut.
“13,000 Kakitangan MAS perlu ambil cuti tanpa gaji kerana wabak korona virus. Ini tidak masuk syarikat penerbangan yang lain.
“Mohon bantu mereka tangani masalah ini dahulu YB. Kebanyakan dari mereka anak muda,” demikian kata Syed Saddiq dalam entri di laman Twitternya, hari ini.
13000 Kakitangan MAS perlu ambil cuti tanpa gaji kerana wabak CoronaVirus. Ini tidak masuk syarikat penerbangan yang lain. Mohon bantu mereka tangani masalah ini dahulu YB. Kebanyakan dari mereka anak muda. https://t.co/RGYrrlSY9s
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) March 14, 2020
Terdahulu, Siti Zailah yang merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang memaklumkan akan membuat kunjungan hormat ke pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi membincangkan mengenai polisi bagi membolehkan anak kapal menutup aurat.
Perkara itu sebelum ini pernah dicadangkan dan diperjuangkan oleh PAS di Dewan Rakyat, agar mewajidbkan ke atas semua syarikat penerbangan.
Susulan penyebaran wabak COVIB-19, beberapa syarikat penerbangan serantau telah mengambil langkah bagi menangani kesan kelembapan permintaan perjalanan udara.
Ia termasuk membabitkan Singapore Airlines (SIA) yang melaksanakan pemotongan gaji sebanyak 10 hingga 15 peratus membabitkan pengurusan kanan sebanyak bermula 1 Mac lalu, selain menawarkan skim cuti tanpa gaji sukarela kepada pekerja.
Sementara, Malindo Air akan mengenakan potongan gaji 50 peratus ke atas kakitangannya sebagai tambahan kepada dua minggu cuti tanpa gaji untuk menampung impak COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dewan Rakyat
#Malaysia
#Malaysia Airlines
#Malindo Air
#Parlimen
#PAS
#penerbangan
#Siti Zailah Mohd Yusoff
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan