awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangani segera masalah kekurangan guru

Sinar Harian
Sinar Harian
02/11/2019
03:01 MYT
Tangani segera masalah kekurangan guru
Masalah kekurangan guru itu boleh merencatkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah, sekali gus mengundang risiko pelajar tercicir daripada aliran pendidikan nasional. - Gambar hiasan
Kementerian Pendidikan (KPM) perlu bertindak segera menangani masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah kebangsaan di negara ini sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu tahun hadapan.
Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata, KPM perlu mengambil langkah proaktif menempatkan graduan pendidikan universiti atau menambahkan bilangan guru interim.
“Kita mengambil maklum masalah kekurangan guru yang agak kritikal di sesetengah sekolah kebangsaan.
“Sebagai langkah strategik, KPM perlu membuat unjuran keperluan bilangan guru di bidang kritikal dengan mengambil kira bilangan IPG sedia ada dan tawaran bidang pengajian pendidikan,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian.
Menurutnya, langkah itu penting untuk mengelak daripada masalah sedia ada dan lambakan graduan pendidikan di bidang tidak diperlukan.
Beliau berkata, masalah kekosongan guru juga boleh diatasi bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah berjalan dengan baik dan berkesan.
“Ini penting demi kelangsungan pendidikan di sekolah-sekolah terutama sekolah kebangsaan yang berada di luar bandar dan pedalaman,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, KPM ketika ini berdepan kemelut kekurangan warga pendidik bagi memenuhi permintaan guru sekolah di seluruh negara yang berpunca daripada ketidakpadanan antara kekosongan sedia ada di sekolah dan keluaran dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) setiap tahun.
Sebanyak 6,000 kekosongan direkodkan di sekolah kebangsaan, berbanding hanya 1,676 guru keluaran IPGM yang akan ditempatkan di sekolah pada November ini.
Teo berkata, masalah kekurangan guru itu boleh merencatkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah, sekali gus mengundang risiko pelajar tercicir daripada aliran pendidikan nasional.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Malaysia
#Media
#menteri
#pelajar
#pendidikan
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan