awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangkak perlu dijadikan pusat pelancongan antarabangsa

Bernama
Bernama
19/05/2022
14:18 MYT
Tangkak perlu dijadikan pusat pelancongan antarabangsa
Gunung Ledang di daerah ini bukan sahaja mampu menarik pelancong malah dapat menjana ekonomi penduduk sekitar. - YouTube - Chase Mountains
TANGKAK: Daerah Tangkak yang terkenal dengan aktiviti eko pelancongan perlu dijadikan pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata Mount Ophir atau lebih dikenali sebagai Gunung Ledang di daerah ini bukan sahaja mampu menarik pelancong malah dapat menjana ekonomi penduduk sekitar.
"Saya yakin kemudahan pelancongan ini akan mampu memberikan pulangan ekonomi kepada penduduk sekitar khususnya dalam melalui tempoh fasa endemik," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya, hari ini.
Beliau berkata beberapa pembangunan berimpak tinggi akan dilaksanakan di daerah itu tidak lama lagi termasuk menaik taraf infrastruktur di Gunung Ledang.
Selain itu, katanya projek Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail (TMIYC), Rumah Mampu Biaya Johor, sebuah pusat pentadbiran baharu bagi Tangkak, rancangan tebatan banjir dan Pusat Perindustrian Gambir akan turut dilaksanakan.
Menerusi hantaran itu, Onn Hafiz berkata beliau menyampaikan sumbangan Bantuan Kasih Bangsa Johor kepada 359 penerima ketika menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat agensi dan jabatan Daerah Tangkak, hari ini.
Beliau turut menyerahkan geran sekali beri kepada Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Ledang sebanyak RM10,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tangkak
#pelancongan
#Gunung Ledang
#onn hafiz ghani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan