Menjelang sambutan Tahun Baru Cina, masyarakat Tionghua sibuk membuat persiapan bagi merayakan sambutan itu dengan membeli pelbagai perhiasan rumah.
Ini kerana mengikut kepercayaan, rumah perlulah bersih dan dihiasi dengan warna merah untuk membawa tuah dan kemakmuran.
Menurut Shirley Tong yang mengusahakan kedai perhiasan di Petaling Street, setiap Tahun Baru Cina, tanglung merah dalam pelbagai bentuk dan saiz adalah antara barangan yang paling laris dijual.
Ini kerana amalan menggantung tanglung di anjung rumah merupakan tradisi sejak turun-temurun lagi.
"Menurut kepercayaan Cina, jika anda menggantung dua tanglung di hadapan pintu rumah, ia bakal membawa tuah dan kemakmuran sepanjang tahun." kata Shirley, 60 tahun.
Selain itu, bunga-bungaan yang berwarna-warni juga menjadi pilihan ramai untuk menghiasi kediaman mereka.
"Selalunya bunga jenis "mou tan" amat popular di kalangan pembeli. Dalam bahasa Cina, nama bunga ini bermaksud semua perkara yang baik akan datang kepada anda." tambah Shirley.
Selain tanglung, apa yang trending untuk tahun baru cina adalah "paper cutting" atau seni potongan kertas. yang merupakan seni yang berasal dari negara China.
Seninya cukup halus dan terperinci menjadi antara kegemaran masyarakat tiong hua untuk Tahun Baru Cina.
Menurut peniaga barangan hiasan Cina, Jean Lau, seni kertas tradisional itu semakin popular di Malaysia sejak beberapa tahun lalu khususnya yang mengandungi pepatah yang mengucapkan kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.
"Seni potongan kertas ini sangatlah halus dan terperinci. Selalunya seni ini memerlukan banyak masa dan tumpuan untuk mendapatkan potongan yang halus untuk menghasilkan bentuk tertentu. Ia juga melambangkan bagaimana masyarakat Cina begitu sabar untuk menghasilkan seni sebegini." kata Jean.
Selain itu, barangan bercirikan kuda turut menjadi tumpuan sebagai simbolik menyambut kehadiran tahun kuda.
Kuda ialah bintang haiwan yang ketujuh dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, tahun kuda melambangkan semangat untuk berdikari, kreatif, optimis, terus terang dan serba boleh.
Apa yang pasti, segala barangan perhiasan Tahun Baru Cina mestilah berwarna merah kerana ia dipercayai membawa tuah.
Tan Su Lin
Mon Jan 27 2014
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Petaling Street dilanda banjir kilat petang tadi - DBKL
Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan Jalan Petaling (Petaling Street) di sini yang menjadi tumpuan pelancong dinaiki air.
Pengusaha Sabah, Sarawak perlu rebut peluang pasaran Semenanjung
Pengasas Borneo Street, Dr Laurence John berharap lebih ramai warga Sabah dan Sarawak ambil peluang sertai Festival Borneo.
Duta China diminta buat penjelasan rasmi jika kenyataan disalah tafsir - Zahid Hamidi
Ia merupakan keputusan sebulat suara yang dicapai dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh beliau semalam.
Duta China bertemu Pemangku Menteri Luar
Butiran pertemuan itu tidak dapat diperolehi susulan cubaan untuk mendapatkan ulasan daripada Huang berhubung pertemuan itu gagal.
Premis perniagaan beroperasi seperti biasa di Jalan Petaling
Operasi perniagaan di Petaling Street berjalan seperti biasa biarpun ada perancangan untuk mengadakan Perhimpunan Gerakan Merah di sini, hari ini.
Penganjur himpunan Baju Merah, Jamal Yunos ditahan
Datuk Jamal Md Yunos ditahan pada 8.50 malam tadi di IPD Ampang Jaya di bawah Seksyen 105 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan di Petaling Street esok.
Polis perlu lakukan siasatan ke atas penganjur "Baju Merah"
Bersih 2.0 berkata pasukan polis perlu melakukan tugas mereka secara profesional dan tidak berat sebelah ketika melakukan siasatan.
Tindakan terhadap individu niat cetuskan huru-hara di Petaling Street
Datuk Seri Noor Rashid berkata ini termasuklah individu yang mengeluarkan kata-kata berbentuk ancaman di tempat awam atau media sosial.
Kes wanita tanggal baju di Jalan Petaling disebut 13 Okt
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menetapkan 13 Okt ini untuk sebutan kes wanita yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai Jalan Petaling, April lalu.
Penganjur sedia bayar kos pembersihan RM50,000 bagi 'Himpunan Rakyat Bersatu'
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menanggung kos pembersihan itu.