"Kos minyak diesel untuk pergi ke laut sejauh satu hingga lima batu nautika kebiasaannya sekitar RM50. Tetapi...jaminannya itu belum pasti."
Itu antara luahan nelayan pantai Mohd Yusoff Sulaiman, yang juga melakukan kerja pertukangan rumah, ketika ditemui Astro AWANI di Kampung Rambah, di sini, baru-baru ini.
Jika keadaan laut dan cuaca baik, rezeki ada, ujarnya lagi, hasil yang ditangkap berupa ikan, ketam dan udang akan memberikan pulangan yang setimpal, tetapi ada kalanya, langsung tidak menampung kos pembelian minyak tadi.
“Saya laut, darat semua boleh. Dekat mana ada sumber. Kalau darat dia suruh buat rumah kita buat. Tak ada. Macam saya bukan sengaja hendak menganggur atau hendak berehat semata. Sebab ke laut kita boleh. Di situ sumber kita.
“Sebenarnya dari dulu sampai sekarang sama sahaja. Pendapatan itu sama, cuma dari segi kos sara hidup, kalau dahulu mungkin harga barang, ikan udang murah. Sebab barangan dia macam jaring, barang-barang, sekarang makin mahal, kita terpaksa naikkan,” katanya lagi.
Mohd Yusoff berkata, beliau dahulu bekerja selama 15 tahun dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), sebelum memutuskan untuk membuka syarikat sendiri sebagai kontraktor.
Namun kegawatan ekonomi yang melanda negara sekitar tahun 1997 dan 1998 yang lalu, memberi impak yang besar kepada syarikat beliau, sehingga tidak mampu menampung bebanan hutang, dan akhirnya berstatus muflis.
“Sebelum gawat, projek boleh kata berterusan. Menyebabkan saya berani beli mesin berat seperti traktor, excavator (jengkaut) dan macam-macam lagi. Nak bayar pinjaman bank untuk mesin ini ketika itu cecah RM20,000 sebulan. Belum masuk kos operasi, pekerja dan sebagainya. Tetapi masa tu projek banyak jadi tak kisah.
“Masuk saja zaman gawat, projek terus tak berjalan. Akhirnya gagal mengawal bebanan hutang dengan bank, saya diisytihar muflis. Tetapi takkan saya hendak terus berdiam? Saya cuba buat kerja apa yang boleh demi isteri dan anak-anak,” katanya lagi.
Astro AWANI berpeluang mengikutnya ke lautan untuk melihat sendiri proses menjaring udang, malangnya ketika di pertengahan perjalanan, enjin mengalami kerosakan.
“Awak tengok ya, hendak baiki enjin ini paling kurang RM500. Kalau hendak beli enjin baru 30 kuasa kuda, paling kurang RM4,000 hingga RM5,000. Lepas tu bot fiber second hand macam saya pakai ini, dalam RM5,000. Ini semua kena bayar tunai, tidak boleh buat pinjaman bank. Insurans pun tidak berani tanggung sebab kita main dengan laut,” katanya lagi.
Memandangkan bot itu terdampar, dan matahari semakin meninggi, beliau tiada pilihan lagi melainkan terus menebarkan jaring hanyut, sementara menanti sesiapa yang datang untuk membantu menunda botnya kembali ke jeti.
Sementara menunggu, beliau terus bercerita - “Kalau awak hendak tahu, kita ini kalau hendak keluar menangkap ikan pun takut, sebab kita tidak berlesen.
“Masalahnya kita sudah mohon, tetapi macam-macam alasan Jabatan Perikanan berikan. Kita ini rasanya sudah macam penjenayah padahal bukan kita tidak mahu ambil lesen,” luahnya lagi sambil melihat jaringnya merentangi lautan.
Dalam pada itu, beliau sempat menzahirkan harapan kepada calon yang bakal mewakili Parlimen Tanjung Piai ini.
Namun begitu, Mohd Yusoff tidak meminta bantuan untuk dirinya atau keluarganya, tetapi apa yang beliau mahukan ialah, wakil rakyat itu mesti ikhlas dan bersih, serta memastikan pembangunan dan kesejahteraan penduduk Tanjung Piai diberi keutamaan.
“Kita hendakkan wakil rakyat itu ambil kisah kawasan dia. Kalau Parlimen Tanjung Piai ini apa kekurangan dia, yang dulu kalau ada projek tertangguh mungkin boleh diteruskan ke. Itu untuk kepentingan rakyat sebab kita sebagai rakyat ni kita memang hendakkan (pembangunan) itu,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Nov 04 2019
Mohd Yusoff tidak meminta bantuan untuk dirinya atau keluarganya, tetapi apa yang beliau mahukan ialah, wakil rakyat itu mesti ikhlas dan bersih. - Gambar Astro AWANI
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Tanjung Piai Memilih: 'Kos minyak bot RM50, hasil tangkapan RM10'
Jika keadaan laut dan cuaca baik, usaha nelayan akan memberikan pulangan yang setimpal, tetapi ada kalanya, langsung tidak dapat menampung kos ke laut.