awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Polis tumpaskan aktiviti pelacuran warga Afrika di Bukit Bintang
Hutan di kaki Bukit Bendera dan tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tanpa kawan saya mungkin dah masuk penjara" - Ahmad Maslan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
21/01/2020
06:01 MYT
"Tanpa kawan saya mungkin dah masuk penjara" - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan bercakap kepada wartawan selepas sebutan kesnya di Kuala Lumpur pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang berdepan dua tuduhan berkaitan penggubahan wang haram berjumlah RM2 juta berterima kasih kepada rakan seperjuangannya yang telah membantu dalam melunaskan bayaran wang jaminan sebanyak RM500,000.
“Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu wang jaminan RM500,000.
"Syukur kerana kawan-kawan ada, tanpa rakan saya mungkin dah masuk penjara,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada Selasa.
Dalam sesi pendakwaan sebelum itu, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang berkaitan penggubahan wang haram.
Ketika sesi pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya, Norzilati Izhani Zainal @Zainol memohon agar Ahmad membayar wang jaminan sebanyak RM1 juta ekoran kesnya yang agak serius sebelum mahkamah menetapkan bayaran RM500,000.
Sementara itu peguamnya, Hamidi Mohd Noh turut menegaskan pertuduhan terhadap anak guamnya tiada sebarang kaitan dengan wang dari dana 1 Malaysia Development Behad (1MDB) seperti yang dilaporkan media sebelum ini.
Hakim, Azman Ahmad menetapkan tarikh 21 Februari sebagai sebutan semula kes. BACA: Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan
Topic Berkaitan
#1MDB
#Ahli Parlimen Pontian
#Ahmad Maslan
#AMLA
#Kuala Lumpur
#Mahkamah Sesyen
#penggubahan wang haram
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan