NIBONG TEBAL: Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung di Nibong Tebal, Pulau Pinang diisytiharkan sebagai kawasan bencana tahap satu selepas berlaku pencemaran udara serius.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Lee Chong Chern berkata pengisytiharan dibuat berikutan kawasan seluas 6.5 hektar terbakar selama lapan hari.
Bagaimanapun pihaknya dimaklumkan usaha pemadaman api menunjukkan perkembangan positif apabila kebakaran dikawal sehingga 65 peratus pada hari ini.
"Kita di Seberang Perai Selatan sudah diisytiharkan bencana tahap satu kerana asap kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung. Ini pengisytiharan bukan diwartakan cuma declare bukan gazetted. Maka kawasan yang diisytiharkan ialah di tapak pelupusan sampah. Itulah saja tempat yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana," katanya.
Chong Chern berkata, hanya kawasan yang terbakar di tapak pelupusan sampah sahaja diisytihar manakala kawasan berhampiran yang mengalami pencemaran udara tidak diisytihar sebagai kawasan bencana.
"Api sebenar di permukaan itu sudah dipadam cuma bila berlaku ini api di bahagian bawah tu bara tu masih ada. Jadi itulah asap tu akan keluar. Bukan kata api di permukaan tu masih ada tetapi di bahagian bawah masih ada dan ini akan ambil masa sedikit untuk diselesaikan sepenuhnya," katanya lagi.
Bagaimanapun katanya, 400 penduduk dari Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru tetap diminta mengosongkan kediaman masing-masing atas faktor kesihatan.
Setakat ini, hanya 45 penduduk telah ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS), manakala bakinya telah berpindah ke rumah ahli keluarga.
Dalam pada itu, pihak polis memberi jaminan bahawa rumah dan harta-benda penduduk yang berpindah akan dikawal pihak polis dan anggota Rela sehingga mereka kembali.
Setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan kecurian harta benda penduduk yang dipindahkan ke PPS .
Chong Chern berkata demikian pada sidang media perkembangan kes kebakaran tapak pelupusan sampah di Jawi, Nibong Tebal pada Rabu.
Rabu minggu lepas , 6.5 hektar kawasan tapak pelupusan sampah yang berkeluasan 16.2 hektar itu terbakar dan masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya hingga hari ini
Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang memantau kualiti udara dan mengesan kandungan gas yang boleh memberi risiko kesihatan.
Berikutan itu, dua PPS dibuka bagi memindahkan penduduk Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru sehingga keadaan pulih.
Dalam pada itu, sebanyak 10 buah sekolah berdekatan turut diarahkan ditutup selama tiga hari bermula hari ini.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Jan 19 2022

Rabu minggu lepas , 6.5 hektar kawasan tapak pelupusan sampah yang berkeluasan 16.2 hektar itu terbakar dan masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya hingga hari ini.- Gambar fail/BERNAMA

Kes HFMD meningkat, 2,493 kes direkodkan di Kelantan -JKN
Terdapat 945 kes HFMD dilaporkan pada minggu epid 19 (8 14 Mei 2022) dengan peningkatan kes sebanyak 934 peratus.

Indonesia setuju Tajuddin dilantik sebagai Duta Besar Malaysia - PM
Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga telah mendapat surat persetujuan daripada Presiden Jokowi.

Integriti halal | Pekemas gesa gantung lesen SICHMA, siasat pegawai JAKIM
SICHMA, yang merupakan badan halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) didakwa gagal memantau malah terlibat secara langsung untuk menutup pelbagai salah laku membabitkan rumah penyembelihan haiwan milik Thomas Foods International (TFI).

Yasin mula terima rawatan bipolar di HSB, sebutan kes pada 22 Jun - Peguam
Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim dan Maryam Jamilah Ab Manaff memohon tarikh sebutan kes untuk penyerahan laporan kimia berhubung kes berkenaan.

PRU15: PAS Sabah akan letakkan calon, yakin boleh menang
PAS akan meletakkan beberapa calon untuk bertanding bagi kerusi parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

DUN Sarawak: Tiga RUU dibentangkan termasuk perbekalan tambahan 2022
Tiga Rang Undang-Undang (RUU) dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Mesyurat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu.

Dasar Pandang Ke Timur boleh bantu Malaysia dalam pemulihan selepas pandemik - Tun M
Dasar Pandang Ke Timur boleh berfungsi sebagai platform untuk meneroka model pembangunan gergasi-gergasi Asia.

Permit Import (AP) makanan dimansuhkan - Perdana Menteri
Pemansuhan itu berkuatkuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.

AWANI Ringkas: HSR Bangkok-Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pegawai kanan Kerajaan Sabah dan pesara ditahan terima rasuah RM700,000
Perbuatan mereka dikatakan sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

JAS kesan tapak pelupusan sisa buangan haram di kawasan sawah padi
Semua sisa buangan tersebut ditemui di belakang perumahan dekat Jalan Kubang Semang pada 15 Februari lepas.

Lapan inovasi memerangi pencemaran plastik di serata dunia
Sisa plastik dan pencemaran kini mengancam kesihatan bukan saja haiwan seperti penyu malah manusia dan ekosistem di seluruh dunia.

Kontrak syarikat pengurusan tapak pelupusan sampah mungkin tidak disambung
Perkara itu telah dibincangkan sebanyak dua kali dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Pulau Pinang yang diadakan pada minggu lalu dan Rabu.

JAS lengkapkan kertas siasatan pendakwaan kebakaran di Pulau Burung
Kertas siasatan pendakwaan terhadap pihak pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal Pulau Burung fasa 1 di Nibong Tebal, Pulau Pinang sedang dilengkapkan.

Kebakaran tapak pelupusan sampah: PPS SK Saujana Indah ditutup sepenuhnya
Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) berikutan penduduk yang terlibat dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Kebakaran tapak pelupusan sampah: Penduduk Kampung Kebun Baru dibenar pulang ke rumah
Cerapan terkini daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati kualiti udara di sekitar kawasan kampung tersebut semakin baik.

Penduduk berhampiran tapak pelupusan sampah Pulau Burung belum dibenar pulang
Chow Kon Yeow berkata, walaupun kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya, namun penduduk tidak dibenarkan pulang atas faktor keselamatan dan kesihatan.

Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung berjaya dipadamkan sepenuhnya
Selepas tiga minggu terbakar, tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Nibong Tebal, Pulau Pinang akhirnya berjaya dipadamkan sepenuhnya hari ini.

98 peratus kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung dipadamkan
Operasi pemadaman yang memasuki hari ke-20 hari ini dijangka ditamatkan dalam masa terdekat.

Kualiti udara kawasan tapak pelupusan sampah Pulau Burung tahap sederhana
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar kawasan kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Jalan Byram di sini menunjukkan tahap sederhana hari ini berbanding tidak sihat, semalam.