NATIONAL
Tarif Trump: Kaji semula gaji minimum, PMKS mungkin terkesan - MEF

Kerajaan perlu fokus membantu majikan kekal berdaya saing, bukannya menambah beban kos yang boleh mengancam kelangsungan perniagaan. - Gambar Bernama
Kuala Lumpur: Ketidaktentuan ekonomi global susulan tarif dikenakan Amerika Syarikat turut memberi impak kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di peringkat tempatan.
Ringkasan AI
- Tarif AS dan kenaikan kos sara hidup menjejaskan PMKS tempatan, terutama yang bergantung pada eksport.
- MEF mencadangkan penangguhan kenaikan tarif utiliti dan gaji minimum agar PMKS boleh bernafas.
- Kerajaan digesa bantu buka pasaran baru untuk kurangkan kebergantungan eksport ke AS.
Jelasnya, ia bertindak sebagai ruang bernafas tatkala kumpulan ini dihimpit pelbagai cabaran dari segenap aspek.
"Tarif Trump ini memberi kesan besar terutama kepada perusahaan terlibat dalam rantaian bekalan dan eksport ke Amerika Syarikat.
"Sebelum adanya tarif ini, kita agak selesa dengan kadar kenaikan utiliti diputuskan oleh kerajaan, gaji RM1,700 dilihat sebagai pendapatan yang boleh survive.
"Namun, situasi semasa membuktikan majikan, terutama syarikat mikro, memerlukan lebih masa untuk membuat penyesuaian terhadap kadar baharu itu," jelas Shamsudin dalam sesi temu bual khas bersama Astro AWANI.
Selain itu, MEF juga mencadangkan kerajaan mempertimbangkan fleksibiliti tambahan untuk sektor mikro.
Tegasnya, fokus kerajaan pada masa ini haruslah untuk membantu syarikat kekal berdaya saing, bukan menambah kos yang boleh mengancam kelangsungan perniagaan.
Lebih-lebih lagi dengan gesaan kenaikan gaji minimum pekerja yang dikhuatiri membebankan majikan sehingga berlaku penutupan operasi atau pengurangan staf.
Cadangan lain dibangkitkan antaranya kerajaan lebih aktif membuka akses pasaran baharu kepada syarikat tempatan, khususnya untuk perusahaan yang sebelum ini banyak bergantung pada pasaran eksport Amerika Syarikat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami