Keputusan penarikan semula kelonggaran syarat berkaitan Bahasa Melayu untuk sebarang jawatan dalam perkhidmatan awam dilihat sebagai satu keputusan yang tepat dan berani.
Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim) Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata beliau menyokong penuh keputusan itu dan menegaskan bahawa tidak sepatutnya ada kompromi dalam syarat berkaitan Bahasa Melayu.
"Saya menyokong penuh keputusan tersebut dan berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Kabinet atas keprihatinan dan ketegasan mereka.
"Amat penting untuk anak-anak muda kita kenal dan fasih Bahasa Melayu kerana ia menunjukkan rasa cinta dan hormat mereka kepada negara dan juga Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Beliau turut menegaskan sekiranya ada perubahan yang ingin dilakukan terutamanya perkara yang termaktub dalam perlembagaan negara, ia mestilah dibentangkan dahulu kepada Kabinet.
Timbalan Perdana Menteri pada Rabu mengumumkan Kabinet memutuskan untuk menarik balik kelonggaran syarat kelayakan lulus dengan kepujian Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41.
Menurut Ahmad Zahid Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan merupakan bahasa rasmi Persekutuan, selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan.
Menyuarakan pendapat yang sama, Felo Utama Institut Kajian Etnik di Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata keputusan itu bertepatan dengan usaha dan dasar kerajaan yang mendukung Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, adalah menjadi keutamaan bagi setiap warganegara Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan perkara itu perlu sentiasa dihormati.
"Saya sokong keputusan yang menetapkan syarat lulus Bahasa Melayu dalam semua jawatan. Jika mereka tidak mengambil kertas Bahasa Melayu Sijil Pelaran Malaysia (SPM), mereka perlu menduduki mana-mana peperiksaan Bahasa Melayu yang setaraf dengan SPM," jelasnya.
Sementara itu Timbalan Presiden Pertubuhan Cendekiawan dan Profesional Malaysia (CenPro) Razak Rashid Ghows dalam kenyataannya berkata, satu sistem pengauditan hendaklah dilakukan bagi memastikan pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai syarat pengambilan jawatan meliputi semua jawatan pada semua peringkat dalam pentadbiran kerajaan.
Beliau turut menyeru Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengambil tindakan tegas dan proaktif bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan di semua sektor.
"Kami juga menyambut baik keputusan yang memberi peluang kedua kepada Pegawai Perubatan Kontrak untuk mengambil peperiksaan Bahasa Melayu secara tunggal seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri," katanya.
Razak dalam kenyataan yang sama turut mencadangkan agar syarat kelulusan Bahasa Melayu pada masa hadapan ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya kelulusan di peringkat kepujian atau kredit bagi memastikan kemampuan pegawai perubatan menguasai Bahasa Melayu lisan dan penulisan dengan baik.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan sebelum ini berkata JPA pada 23 Feb telah memberi persetujuan untuk kelonggaran syarat itu untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di KKM.
Menurut beliau langkah tersebut dilakukan bagi memudahkan pelantikan secara kontrak jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 bagi graduan perubatan yang tidak menduduki peperiksaan SPM atas pelbagai sebab.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2017
Presiden Perdim menyokong penuh keputusan tersebut dan berterima kasih kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan Kabinet.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
MINDEF sedia dapatkan khidmat pakar luar negara jika perlu
Kementerian Pertahanan sedia mendapatkan khidmat pakar dari luar negara jika diperlukan untuk membantu siasatan nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya.
Nahas helikopter di Lumut tidak jejas operasi TLDM - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Panglima Tentera Laut ketika ini sedang menyusun atur segala keperluan bagi mengimbangi kekurangan yang berlaku terutama di Pangkalan Lumut dan Sepanggar.
Rumah terbuka santunan kasih syawal TPM
Rumah Terbuka Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sudah menjadi tradisi bagi merai dan menyantuni masyarakat pelbagai kaum dan Astro AWANI berkesempatan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Akta laut wilayah masih sah dan terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, melainkan ia diisytiharkan sebaliknya oleh mahkamah.
Kolej Thailand lancar Kursi Ismail Sabri, promosi pengajian Melayu dan ketamadunan
Katanya, kursi itu permulaan bagi memperkenal pengajian Bahasa Melayu dan Ketamadunan Melayu di kolej dan universiti lain di Thailand.
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.
Inisiatif merakyat sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada PM - ITBM
Empat inisiatif bagi merakyatkan sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada Perdana Menteri bagi memohon pandangan dan kelulusan bagi pelaksanaannya.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Isu kekuatan ekonomi akan jadi tumpuan khusus kerajaan pada 2024 - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kestabilan politik negara yang ada ketika ini memudahkan kerajaan memberi tumpuan kepada isu ekonomi.
Penguasaan Bahasa Melayu kekal syarat asas permohonan taraf kewarganegaraan - KDN
Proses saringan dilakukan antaranya ujian bertulis, temu duga secara lisan dan bersemuka melalui ujian pengetahuan Bahasa Melayu pemohon.
'Di mana yang tidak Melayunya?', soal PM Anwar
Perdana Menteri menyanggah dakwaan sesetengah pihak, terutamanya daripada pembangkang yang mengatakan Kerajaan Perpaduan tidak memberi tumpuan kepada orang Melayu.
'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.
KPT ambil langkah serius jadikan bahasa Melayu agenda penting pendidikan tinggi
Pelan Tindakan Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institut Pengajian Tinggi antara usaha yang dirintis Kementerian Pengajian Tinggi.
Pulang semula surat jika tidak guna Bahasa Kebangsaan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi peringatan kepada jabatan kerajaan agar tidak melayan sebarang surat yang diutus selain daripada Bahasa Kebangsaan.