awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarikh akhir kemuka e-Borang tahun taksiran 2024 esok - LHDN

Bernama
Bernama
14/05/2025
08:45 MYT
Tarikh akhir kemuka e-Borang tahun taksiran 2024 esok - LHDN
LHDN mengingatkan bahawa tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2024 bagi individu pemastautin tidak menjalankan perniagaan adalah esok, 15 Mei 2025. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Tarikh akhir untuk mengemukakan e-Borang Tahun Taksiran 2024 (TT 2024) bagi individu pemastautin tidak menjalankan perniagaan adalah esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ringkasan AI
  • LHDN mengingatkan bahawa tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2024 bagi individu pemastautin tidak menjalankan perniagaan adalah esok, 15 Mei 2025.
  • Pengemukaan boleh dibuat melalui portal MyTax, dan kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara, serta kenaikan cukai 10% jika lewat bayar.
  • Pembayar cukai dinasihatkan melaporkan pendapatan dengan tepat dan mengemas kini maklumat diri serta perbankan untuk memastikan kelancaran proses bayaran balik cukai.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia meliputi pembayar cukai kategori individu pemastautin merangkumi pekerja berpengetahuan, berkepakaran, bukan warganegara memegang jawatan utama dan individu bukan pemastautin.
Selain itu, kategori lain membabitkan individu bukan pemastautin (pekerja berpengetahuan), pertubuhan, harta pusaka dan keluarga sekutu Hindu.
LHDN memaklumkan pengemukaan borang nyata (BN) melalui e-Filing boleh dibuat menerusi portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi HASiL di https://www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.
Pembayar cukai diingatkan untuk tidak bertangguh dan bertanggungjawab melaporkan pendapatan diterima dengan tepat melalui e-Borang serta membuat bayaran cukai dalam tempoh ditetapkan bagi mengelakkan tindakan penalti lewat mengemukakan borang cukai pendapatan, kenaikan cukai dan tindakan undang-undang.
Pembayar cukai juga dinasihatkan mengisi maklumat diri dan perbankan yang lengkap serta terkini bagi memastikan kelancaran proses bayaran balik cukai.
LHDN berkata kegagalan mengemukakan BN dan melaporkan pendapatan sebenar dalam tempoh ditetapkan boleh dikenakan tindakan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP).
Menurut Seksyen 112(1) ACP, kegagalan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan tidak memaklumkan layak dikenakan cukai boleh menyebabkan denda RM200 hingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Manakala pembayar cukai selepas tempoh dibenarkan akan dikenakan kenaikan cukai 10 peratus daripada cukai kena bayar mengikut Seksyen 103(3) ACP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#e-filing
#e-Borang
#Tahun Taksiran 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan