LAHAD DATU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 25 Julai untuk sebutan semula kes membabitkan 13 pelajar lelaki kolej vokasional di sini, yang berhadapan pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki di kolej sama, pada Mac lepas.
Pelajar antara 16 hingga 19 tahun itu dituduh bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 24 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Prosiding di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dijalankan secara tertutup, kerana kes itu melibatkan pesalah di bawah umur.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao manakala lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh, Amirul Amin Rashid serta Chen Wen Jye; manakala seorang remaja diwakili peguam Abdul Ghani Zelika dan empat lagi tidak diwakili peguam.
Sementara ketika ditemui di luar mahkamah, Kamarudin berkata laporan kimia serta bedah siasat kes berkenaan masih belum siap dan berikutan itu mahkamah menetapkan 25 Julai untuk penyerahan dokumen.
"Selain itu, tarikh baharu diberikan kerana belum ada perintah pindah kes ke Mahkamah Tinggi," katanya.
Pada prosiding pagi tadi, kamarudin berkata pihaknya telah memohon agar kes berkenaan dapat segera dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Pada 22 Mac, Mohamad Nazmie Aizzat ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian tubuh, di sebuah bilik asrama kolej itu.
Mahkamah Majistret pada 16 Mei, menetapkan hari ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 25 Julai untuk sebutan semula kes membabitkan 13 pelajar lelaki kolej vokasional, yang berhadapan pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki di kolej sama, pada Mac lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Anak perempuan Tommy Thomas cabar PM Australia
Anak perempuan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, Hannah akan bertanding menentang Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Grayndler pada Pilihan Raya Persekutuan negara itu, pada 3 Mei ini.
Tarif AS: Tiada negara boleh tetapkan tarif perdagangan ikut kehendak mereka- Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa tidak ada negara termasuk Amerika Syarikat (AS) boleh membuat ketetapan mengenai tarif dalam perdagangan mengikut kehendak mereka sehingga berpotensi menjejaskan struktur ekonomi negara lain.
Kerana wanita, dua kumpulan lelaki merusuh di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam rusuhan melibatakn dua kumpulan di sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bangsar, Jumaat lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.
Korea Selatan, Parti Demokrat, Lee Jae Myung, pilihan raya presiden,Buletin AWANI
Empat pesilat serta seorang chef diberi penghargaan untuk membawa nama negeri Kedah ke Ekspo Osaka Kansai Jepun 2025.
Lee Jae Myung menang pencalonan presiden parti demokrat
Bekas pemimpin Parti Demokrat (DP) Lee Jae Myung, yang berjanji untuk pemulihan ekonomi dan dialog dengan Korea Utara, memenangi pencalonan presiden parti itu pada Ahad, menjelang pilihan raya Korea Selatan pada 3 Jun.
Hotel Jepun tuntut tandatangan pelancong Israel
Sebuah hotel di Kyoto meminta pelancong Israel menandatangani pengisytiharan tidak terlibat dalam jenayah perang sebelum mendaftar masuk. Tindakan ini mencetuskan kontroversi dan mendapat reaksi dari Duta Israel ke Jepun.
Petani Pakistan hilang sumber air, India sekat Sungai Indus
Tindakan itu susulan serangan militan mengorbankan 26 mangsa di Kashmir, penyerang didakwa warga Pakistan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis kesan dua lelaki Myanmar saksi kes bunuh
Polis sedang mengesan dua lelaki Myanmar untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Butterworth, pada 5 hingga 7 Mei depan.

Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh
Tiga lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Sentul, minggu lepas.

Keputusan kes pengabaian Zayn Rayyan diketahui 21 Julai
Mahkamah Sesyen menetapkan 21 Julai bagi keputusan sama ada ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan dan Ismanira, perlu membela diri atau dibebaskan.

Kerajaan Kelantan tidak pertahan pelaku kes kematian pelajar tahfiz
Kerajaan Kelantan sama sekali tidak akan mempertahankan individu yang didapati bersalah sehingga menyebabkan kematian pelajar tahfiz, Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman, 12 tahun lalu.

Bekas tentera bunuh isteri akhirnya dicekup selepas 20 tahun
Bekas anggota tentera yang melarikan diri selepas membunuh isterinya lebih dua dekad lalu akhirnya berjaya ditahan oleh pihak polis di kampung halamannya di Madhya Pradesh, India.

Mesej 'rasa macam nak bunuh orang’, ‘belasah je sampai puas' 6 bulan sebelum Zayn Rayyan maut
Seorang saksi memberitahu Mahkamah, terdapat perbualan 'rasa mcm nk bunuh orang je, hampir enam bulan sebelum Zayn Rayyan Abdul Matin ditemui meninggal dunia.

Dibunuh rakan gara-gara iPhone 11
SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun, Navjot Singh, ditemui maut dipercayai dibunuh oleh rakannya sendiri selepas berlaku pertikaian mengenai iPhone 11 yang dimilikinya.

Remaja perempuan dibunuh bekas kekasih anak ahli politik berpengaruh
SEORANG remaja perempuan berusia 18 tahun menjadi mangsa keganasan bekas teman lelaki yang cemburu apabila dia ditemui mati di sebuah sawah padi di Wilayah Chai Nat, Thailand, pada Khamis lalu.

Kes bunuh warga emas: Polis rakam keterangan enam individu
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya kini giat mengenal pasti suspek dan motif selain senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh libas wayar pengecas telefon ke arah mangsa
Ijat hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia melibas wayar pengecas telefon ke arah mangsa ketika berada di bilik asrama 7 Resak.