awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TARUMT beri kerjasama penuh siasatan kes pembunuhan kejam tiga ekor kucing

Bernama
Bernama
30/11/2024
07:45 MYT
TARUMT beri kerjasama penuh siasatan kes pembunuhan kejam tiga ekor kucing
TARUMT memaklumkan universiti itu, memberi jaminan menentang segala bentuk kekejaman terhadap semua jenis makhluk.
KUALA LUMPUR: Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TARUMT) akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan polis berhubung kejadian tiga ekor kucing mati dibunuh, dalam kejadian yang berlaku di kampusnya di Setapak, di sini baru-baru ini.
TARUMT dalam kenyataan hari ini memaklumkan universiti itu, memberi jaminan menentang segala bentuk kekejaman terhadap semua jenis makhluk.
"Kami telah mengambil langkah sewajarnya untuk memaklumkan serta bekerjasama dengan pihak berkuasa, berikutan insiden berkenaan cukup serius dengan tiga ekor kucing dibunuh secara kejam dan bangkai haiwan-haiwan itu kemudian ditemukan di kampus.
"Pihak polis telah membuka siasatan kes ini. Universiti kini menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang perlu," menurut kenyataan itu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail dalam kenyataan semalam mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang pengawal keselamatan pada 17 Nov, selepas dimaklumkan oleh mahasiswa.
Beliau berkata siasatan dijalankan berdasarkan Seksyen 428 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat dengan membunuh haiwan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman
#ARUMT
#tiga ekor kucing mati dibunuh
#kekejaman terhadap haiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan