awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tawar RM5 juta bunuh PM, AMK buat laporan polis

Hilmi Malik
Hilmi Malik
26/11/2023
09:09 MYT
Tawar RM5 juta bunuh PM, AMK buat laporan polis
Muhammad Kamil Abdul Munim (tengah) berkata, tindakan itu dilihat seolah-olah ingin mencabar pihak berkuasa. - Gambar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan polis susulan tindakan seorang individu yang membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tawaran berjumlah RM5 juta.
Perkara itu dibuat menerusi satu akaun di platform TikTok. Suspek turut mengeluarkan ancaman bunuh terhadap menteri-menteri selain mengancam DAP.
Timbalan Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan itu dilihat seolah-olah ingin mencabar pihak berkuasa.
Menurutnya, laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Ahad untuk tindakan seterusnya.
Selain itu, Kamil turut menyifatkan tindakan tidak bertanggungjawab itu tidak menjaga sensitiviti agama dan kaum.
"Baru-baru ini kita sering menyaksikan komen dan kenyataan yang mengancam bukan sekadar menyentuh aspek keselamatan Perdana Menteri tetapi turut berkaitan sensitiviti kaum dan agama.
"Jika kita tidak bingkas bangkit dan lakukan sesuatu dengan segera, ia dibimbangi akan membawa ke arah satu keadaan radikal dan ekstrem, sekali gus memberikan keadaan tidak baik buat negara dan masyarakat berbilang kaum," katanya,.
Beliau berkata demikian pada sidang media di luar Kongres Nasional Perpaduan 2023, di sini pada Ahad.
Video yang berbentuk ancaman itu bagaimanapun dikatakan telah dikeluarkan daripada platform media sosial berkenaan.
Topic Berkaitan
#AMK
#upah bunuh PM
#laporan polis
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan