awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tawaran biasiswa kerajaan Jepun untuk pengajian sarjana

Bernama
Bernama
25/08/2016
01:00 MYT
Tawaran biasiswa kerajaan Jepun untuk pengajian sarjana
Permohonan biasiswa itu dibuka sehingga 23 September ini dan elaun bagi tempoh kursus selama setahun dari Oktober 2017 hingga Sept 2018 akan diberikan sebanyak 242,000 yen. - Gambar hiasan
Kerajaan Jepun mempelawa pelajar lepasan ijazah di negara ini yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana untuk memohon biasiswa tajaannya di bawah Young Leaders' Program (YLP).
Kedutaan Jepun dalam kenyataan hari ini memaklumkan, permohonan biasiswa itu dibuka sehingga 23 September ini dan elaun bagi tempoh kursus selama setahun dari Oktober 2017 hingga Sept 2018 akan diberikan sebanyak 242,000 yen (RM9,725).
Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan yuran bulanan juga dikecualikan, manakala tiket kapal terbang pergi dan balik juga disediakan.
"Terdapat lima kursus di bawah YLP iaitu kursus Pengurusan Perniagaan, Perundangan, Sekolah Kerajaan, Sekolah Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Kesihatan. Semua kursus disampaikan dalam Bahasa Inggeris," menurut kenyataan itu.
Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan berkelulusan ijazah dengan kepujian.
Bagi kursus Pengurusan Perniagaan, pemohon mestilah berumur bawah 35 tahun pada 1 September 2017, fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga tahun.
Untuk empat kursus lain, pemohon mestilah berumur di bawah 40 tahun pada 1 Oktober 2017, fasih bertutur Bahasa Inggeris dan mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga tahun di sektor kerajaan.
Bagi kursus Pengurusan Perniagaan, pemohon boleh menghubungi Dewan Perdagangan & Industri Kebangsaan 03-62049811 (Annie William), kursus Pengurusan Kesihatan 03-8890 6001 (Dr Fairoz) atau 03-8883 1113 (Dr Ilya Hani).
Permohonan bagi tiga kursus lain, boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Awam 03-8885 3569 atau e-mel [email protected] (Rohaizad).
Bagi kursus Perundangan, permohonan bagi pegawai bukan kerajaan boleh dibuat melalui Kuliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa 03-6196 4226 atau e-mel [email protected] (Prof Madya Dr Ramizah Wan Muhammad) atau Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya 03-7967 6501 (Prof Madya Norbani Nazeri).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi bahagian Perkhidmatan Jepun, Kedutaan Jepun 03-2177 2600 sambungan 146, menurut kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Biasiswa Jepun
#ijazah sarjana
#YLP
#Young Leaders' Program
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan