KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Persatuan Kampungstay & Homestay Malaysia (MKHA) terus giat mempromosikan inap desa di seluruh negara melalui pelancaran platform jomhomestay.my.
Sebanyak 150 pakej ditawarkan melibatkan 60 kluster pengusaha inap desa dari seluruh negara dengan tawaran harga pakej serendah RM80 seorang.
Hanya pembelian melalui platform jomhomestay.my layak menikmati diskaun sebanyak 50 peratus dan tempoh sah laku pakej adalah sehingga 31 Disember 2022.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, tawaran diskaun produk-produk inap desa di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 1.0 itu adalah bertujuan menyemarakkan industri pelancongan domestik.
“Kesemua produk inap desa yang tersenarai dalam platform jomhomestay.my adalah berdaftar dengan MOTAC.
“Kami berharap seluruh Keluarga Malaysia dapat merebut peluang untuk melancong di dalam negara serta merasai sendiri pengalaman inap desa yang ditawarkan.
“Langkah ini sekali gus diharap dapat membantu proses pemulihan industri pelancongan negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Jelas Nancy lagi, pihaknya juga telah mengeluarkan garis panduan program Pengalaman Homestay Malaysia yang ditambah baik selaras dengan permintaan dan keperluan semasa.
Beliau berkata, penambahbaikan yang dilaksana dilihat mampu merancakkan semula program dan menggalakkan penyertaan kepada lebih ramai komuniti luar bandar untuk turut serta sebagai pengusaha.
Antara penambahbaikan yang dibuat adalah:
i. Memperluas penyertaan kepada individu yang berminat untuk bergabung bersama komuniti Homestay berdaftar.
ii. Mewujudkan kategori baru bagi Homestay dan Kampungstay seperti Annex Kampungstay, Guest Kampungstay, Chalet Kampungstay, Farm atau Agro Kampungstay dan Inovatif Kampungstay.
iii. Had radius pendaftaran secara kluster/individu sebagai pengusaha diperluaskan dalam lingkungan 10km di Semenanjung Malaysia dan 50km bagi Sabah dan Sarawak dari pusat aktiviti.
iv. Had minimum pendaftaran kluster telah dikurangkan daripada 10 orang kepada 5 orang bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
v. Menekankan tanggungjawab dan tadbir urus pengurusan kluster homestay.
vi. Menggalakkan kluster homestay untuk menubuhkan koperasi serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
vii. Program Exit policy bagi program ini.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.motac.gov.my manakala pakej-pakej yang ditawarkan boleh didapati di laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel atau www.jomhomestay.my.
Ehsan A Marisah
Wed Dec 01 2021
Sebanyak 150 pakej ditawarkan melibatkan 60 kluster pengusaha inap desa dari seluruh negara dengan tawaran harga pakej serendah RM80 seorang. - Gambar fail
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Taska wajib pamer nombor pendaftaran di premis tahun depan - Nancy
Langkah itu diambil bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa terhadap status lesen taska yang menempatkan anak-anak mereka.
GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy
Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB masih belum dituntut ibu bapa mereka.
JKM tempatkan 152 pegawai psikologi di kawasan banjir - Nancy Shukri
Jabatan Kebajikan Masyarakat menempat 152 pegawai psikologi di kawasan terjejas banjir bagi membantu memulihkan emosi dan mental mangsa terlibat.
GISB: 140 kanak-kanak belum dituntut, Nancy nasihat ibu bapa jangan takut
Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) tidak perlu bimbang untuk bertemu JKM.
Rawatan fertiliti LPPKN capai prestasi memberangsangkan - Nancy
Perkhidmatan rawatan kesuburan dan kehamilan yang ditawarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus menunjukkan prestasi memberangsangkan.
Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.
Jangan jadikan alasan kesibukan mencari rezeki untuk abai penjagaan anak - Nancy
Kesibukan mencari nafkah tidak wajar dijadikan alasan untuk mana-mana ibu bapa mengabaikan soal penjagaan anak-anak mereka.
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Nancy berkata dasar itu juga akan memastikan suara kanak-kanak didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan.
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.