awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon legenda Perancis Brigitte Bardot meninggal dunia
Beberapa jalan sekitar Bukit Bintang ditutup sementara untuk pelancaran 'I LITE U'
Banjir gelombang ketiga Terengganu pulih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tayammum, renjisan air, antara kaedah pengurusan jenazah tidak sempurna - Mufti

Bernama
Bernama
18/08/2023
10:56 MYT
Tayammum, renjisan air, antara kaedah pengurusan jenazah tidak sempurna - Mufti
Mufti Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar berkata sekiranya hanya terdapat cebisan mayat, maka ia wajib dikumpulkan sebelum dimandikan dengan cara menyiram atau melalukan air ke atas jenazah, sebelum dikafan, disembahyangkan dan dikebumi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kaedah tayammum, renjisan atau melalukan air ke atas jenazah atau cebisan mayat, merupakan antara cara yang boleh digunakan bagi pengurusan jenazah Islam yang tidak sempurna.
Mufti Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar berkata sekiranya hanya terdapat cebisan mayat, maka ia wajib dikumpulkan sebelum dimandikan dengan cara menyiram atau melalukan air ke atas jenazah, sebelum dikafan, disembahyangkan dan dikebumi.
"Sekiranya memandikan dengan air, sembur atau renjis boleh menyebabkan cebisan mayat makin rosak, maka pada ketika itu boleh tayammumkan sahaja cebisan tersebut, bergantung kepada nasihat doktor atau pegawai perubatan mengenai keadaan mayat tersebut," katanya ketika menjadi tetamu program terbitan Bernama Radio dengan topik Nahas Pesawat: Garis Panduan Pengurusan Jenazah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini memaklumkan, hanya satu daripada 10 mayat mangsa nahas pesawat jenis BeeChcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Sungai Buloh, semalam, ditemukan dalam keadaan sempurna.
Mayat sempurna yang ditemukan merupakan penunggang motosikal.
Sementara itu Bungsu berkata, walaupun Islam menuntut untuk jenazah diuruskan segera, namun dalam keadaan luar biasa atau darurat, maka terdapat kelonggaran yang membolehkan perkara tersebut ditangguh.
"Misalnya secara lazim jenazah wajib disegerakan, namun dalam keadaan seperti memerlukan pengesahan DNA dan bedah siasat yang mengambil masa lama dan menyebabkan pengurusan jenazah tertangguh, maka ia dibolehkan oleh syarak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tayammum
#renjisan
#pengurusan jenazah tidak sempurna
#Mufti Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan