Skip to main content

Malaysia

Taylor's University unggul dalam 1% terbaik dunia, perkasa pendidikan AI

[TB]_Taylors University, AI_Taylor's University
Taylor's University menduduki tangga ke-272 dunia dalam QS World University Rankings 2027. - Foto Taylor’s University
Advertisement

SUBANG JAYA: Taylor's University terus mengukuhkan kedudukan sebagai institusi bertaraf global apabila menduduki tangga ke-272 dunia dalam QS World University Rankings 2027, sekali gus menempatkannya dalam kelompok satu peratus universiti terbaik dunia.

Pencapaian ini hadir ketika kecerdasan buatan (Al) terus mengubah landskap pendidikan dan dunia pekerjaan.

Naib Canselor dan Presiden Taylor's University, Professor Barry Winn berkata, pencapaian itu bukan sekadar pengiktirafan terhadap kedudukan global universiti, malah mencerminkan komitmen Taylor's dalam menyediakan pendidikan yang relevan dengan keperluan masa hadapan serta melahirkan graduan yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan industri.

"Kami mahu menjadi sebuah institusi yang moden, progresif dan berpandangan jauh yang mampu memenuhi cabaran alaf ini, bukan alaf yang lalu.

“Sebab itu kami perlu bergerak pantas, menerima perubahan teknologi dan mengintegrasikannya ke dalam kurikulum kami,” katanya ketika sesi temubual bersama Astro AWANI di Taylor’s University Lakeside Campus, di sini, baru-baru ini.

Image
[INSERT]_Taylors University, AI 1_Taylor's University
Pendekatan human-led, AI-enabled membolehkan pelajar belajar mengikut kadar sendiri, sekali gus mengakses sumber pembelajaran berasaskan AI. - Foto Taylor’s University

Menurut beliau, perkembangan AI bukan sesuatu yang harus dielakkan, sebaliknya perlu dimanfaatkan secara bertanggungjawab bagi memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar serta memperkukuh kualiti pendidikan.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Taylor's memperkenalkan pendekatan Hybrid Flexible (HyFlex) yang menggabungkan pembelajaran secara fizikal, maya dan kendiri dalam satu ekosistem pembelajaran bersepadu.

Pendekatan human-led, AI-enabled atau pendekatan yang diterajui manusia dan diperkasa kecerdasan buatan (AI) itu membolehkan pelajar belajar mengikut kadar sendiri, mengakses sumber pembelajaran berasaskan AI, menerima sokongan yang lebih diperibadikan serta mengaplikasikan pembelajaran dalam situasi dunia sebenar.

Sehingga 2025, lebih 11,600 pelajar telah mengikuti pendekatan HyFlex dengan 84.8 peratus melaporkan tahap penglibatan yang tinggi, manakala 86 peratus berpuas hati terhadap pengalaman pembelajaran mereka.

Barry berkata, teknologi tidak menggantikan peranan tenaga pengajar, sebaliknya menjadi pemudah cara yang membantu pelajar membina pemikiran kritis, kreativiti serta kemahiran membuat pertimbangan.

Image
[INSERT]_Taylors University, AI 2_Taylor's University
Pembelajaran yang memanfaatkaan penggunaan AI diadaptasi seiring perubahan masa yang semakin membina generasi celik IT dan teknologi tinggi. - Foto Taylor’s University

"Kami telah mengintegrasikan teknologi ke dalam kurikulum.

“Kami melihatnya sebagai pemudah cara dan perlu memastikan ia digunakan secara beretika serta berintegriti, namun kita tidak boleh mengabaikannya.

“Kami mempunyai sepuluh prinsip untuk pelajar dan kakitangan dan prinsip pertama ialah menggalakkan penggunaan AI,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan AI perlu dimanfaatkan untuk memperkasa proses pembelajaran, bukan sekadar mendapatkan jawapan, sebaliknya membantu pelajar berfikir secara kritis, menilai maklumat yang diterima dan mencapai tahap pembelajaran lebih tinggi.

Menurut Barry, walaupun kedudukan dalam QS menjadi penanda aras penting yang memberi keyakinan kepada majikan, ibu bapa dan pihak berkepentingan lain, matlamat utama Taylor's adalah melahirkan graduan yang mampu belajar, menyesuaikan diri dan mencipta nilai dalam dunia yang sentiasa berubah.

Image
[INSERT]_Taylors University, AI 3_Taylor's University
Barry menegaskan penggunaan AI hanyalah untuk membantu pelajar-pelajar namun segala proses dan hasil akhir haruslah dipandu pelajar sendiri agar etika dan integriti masih mampu dikekalkan. - Foto Taylor’s University

Selain berada dalam kelompok satu peratus universiti terbaik dunia, Taylor's University turut menduduki tangga ke-27 Asia dalam QS Asia University Rankings 2026 serta mempunyai lebih 100,000 alumni yang kini berkhidmat sebagai pemimpin dalam pelbagai bidang di seluruh dunia.

Maklumat lanjut mengenai Taylor's University serta program-program yang ditawarkan boleh didapati di laman sesawang rasmi https://university.taylors.edu.my .

Must Watch Video

Advertisement