TC Euro Cars, pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia hari ini mengumumkan kempen jualan ‘Usher in the New Year with 5 Prosperity Blessings’ untuk model Renault Fluence.

Kempen merangkumi pra- dan pasca-jualan ini merangkumi:
Jaminan pengeluar selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had – disokong sepenuhnya oleh Renault untuk memudahkan aspek pemilikan kerana kurang komplikasi dari segi terma dan syaratnya.
Penyelenggaran percuma selama lima tahun atau sehingga 100,000km mana-mana tiba dahulu.
Jaminan alat ganti tulen selama setahun.
Perkhidmatan mengambil secara percuma untuk setiap servis berjadual.
Penyelesaian Mobiliti 48 jam yang menawarkan kereta gantian apabila Fluence pelanggan perlu berada di bengkel lebih 48 jam.

Sebagai tambahan, sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan Renault Fluence yang baru akan menikmati ‘Pakej Prosperity Blessings’ bernilai lebih RM15,000. Ia termasuklah ang-pow sebanyak RM11,888, petrol percuma RM2,888 dan kad Touch & Go bernilai RM500.

Pakej ini sah sehingga 28 Februari 2016 dan melibatkan unit yang didaftarkan sepanjang tempoh kempen sahaja.

TC Euro Cars mengekalkan harga Renault Fluence pada tahun 2016 yang bermula pada RM108,888 untuk varian Expression (harga di atas jalan termasuk GST tanpa insurans bagi pendaftaran peribadi).

Mereka yang berminat, atau inginkan maklumat lebih lanjut, boleh datang ke mana-mana bilik pameran TC Euro Cars yang akan mengadakan acara istimewa pada 20 dan 21 Februari nanti, sempena Tahun Baru Cina.