KUALA LUMPUR: Jaringan pada penghujung masa kecederaan oleh penyerang import Kedah Darul Aman (DA) FC, Tchetche Kipre berjaya membantu pasukannya kembali ke landasan kemenangan selepas menumpaskan Kuala Lumpur City FC 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.
Kedah DA FC berpeluang menghasilkan gol seawal minit kesembilan menerusi rembatan kencang Baddrol Bakhtiar yang berjaya ditepis penjaga gol pelawat Kevin Ray Mendoza, sebelum sepakan percuma mengelirukan dari sebelah kiri gol tuan rumah oleh pemain tengah KL City FC, Muhammad Hadin Azman, hanya singgah di palang gol pada minit ke-36.
KL City FC tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan empat minit selepas babak kedua bersambung apabila sepakan leret dari luar kotak penalti oleh kapten pelawat yang juga pemain tengah import, Paolo Josue, berjaya menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd Shahril Sa'ari.
Asakan demi asakan Kedah DA FC membuahkan hasil apabila mereka bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian, Fayadh Zulkifli Amin yang tenang menyumbat masuk hantaran rendah penyerang import Tchetche Kipre dari sebelah kanan kubu lawan pada minit ke-70.
Bagaimanapun, gol tandukan pemain pertahanan import, Giancarlo Gallifuoco, lapan minit kemudian kembali meletak KL City FC di depan berpunca daripada sepakan penjuru Paolo Josue sebelum jaringan penalti Kipre menyamakan kedudukan Kedah DA FC pada masa kecederaan babak kedua.
Kipre yang tidak dikawal barisan pertahanan pelawat muncul wira Kedah DA FC apabila melepaskan rembatan kaki kirinya pada minit akhir masa kecederaan memusnahkan harapan skuad bimbingan Bojan Hodak untuk mencuri satu mata dari tempat lawan.
Sementara itu, Selangor FC gagal mengambil kesempatan bermain di laman sendiri apabila hanya sekadar seri 2-2 menentang Sabah FC dalam saingan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Sabah FC yang kerap kali diasak membuat kejutan apabila bekas penyerang Selangor FC Mohd Amri Yahyah berjaya melepasi perangkap offside untuk meletakkan pasukan bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto itu di depan 1-0, menerusi sepakan leret ke sebelah kanan pintu gol pada minit ke-30.
Bersambung babak kedua, tampanan kurang kemas Rozaimie berpunca daripada hantaran lintang pemain gantian Selangor FC, Mohd Nor Hakim Hasan mengundang padah apabila penyerang import tuan rumah, Ifedayo Olusegun mudah menyumbat masuk hasil bola muntah untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-57.
Ifedayo terus menjadi duri dalam daging buat pelawat apabila mencetak gol kesembilannya musim ini apabila menyambut hantaran berkualiti dari tengah padang oleh Mohd Nor Hakim untuk menolak masuk jaringan keduanya pada minit ke-72.
Tandukan penyerang Bobby Gonzales pada minit ke-88 gol hasil daripada sepakan sudut oleh Saddil Ramdani sudah cukup bagi membantu Sabah FC membawa pulang satu mata sekali gus melenyapkan impian Selangor FC untuk melakar kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan liga.
Selepas sepuluh perlawanan, Kedah DA FC yang memiliki kelebihan satu perlawanan memintas Terengganu FC untuk berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 20 mata manakala Selangor FC kekal di tangga kelima dengan 15 mata diikuti KL City FC di tangga keenam (12 mata) dan Sabah FC pula mengumpul 10 mata untuk menghuni kedudukan kelapan liga.
Dalam pada itu, saingan Liga Premier pula menyaksikan Johor Darul Ta’zim II terikat 1-1 menentang Kelantan FC di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin manakala satu lagi keputusan seri dicatatkan apabila Perak FC II sekadar seri menentang pasukan tercorot liga, Projek FAM-MSN, 0-0, yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021
Amri Yahyah (kiri) meraikan jaringan gol ketika menentang pasukan Selangor FC dalam saingan bola sepak Liga Super di Stadium Petaling Jaya malam tadi. --fotoBERNAMA
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari hingga 24 Mei.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
KL City congak strategi tanpa kelibat Kamal Azizi
Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 bertemu Kuching City FC pada Ahad.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.