Ringkasan AI
- Ahli Parlimen Barisan Nasional hadir sedondon dengan pakaian biru tua semasa pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen pada Jumaat.
- Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan, termasuk Perdana Menteri, turut memilih busana biru dalam rona lebih lembut pada sesi tersebut.
- Belanjawan 2027 bertemakan ‘Malaysia MADANI’ dengan fokus kepada pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pembaharuan tadbir urus negara.
KUALA LUMPUR: Biru tua menjadi warna pilihan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang hadir mengikuti pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen, pada Jumaat, sekali gus mencuri perhatian menerusi penampilan sedondon dalam kalangan wakil rakyat.
Antara Ahli Parlimen yang menyertai #TeamBiru dengan tampil sedondon ialah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa; dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Moktar.
Mungkin mahu menunjukkan kesatuan hati para Ahli Parlimen BN menjelang pilihan raya tidak lama lagi, masing-masing memilih untuk memakai pakaian berwarna serupa.
Tidak ketinggalan, beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) turut memilih busana biru dalam rona lebih lembut, antaranya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula tampil dengan persalinan biru cair, senada dengan Fahmi ketika menghadiri pembentangan belanjawan tahunan berkenaan.
Pilihan warna yang senada itu memberikan kelainan pada suasana di Parlimen, dengan rona biru mendominasi penampilan sebahagian wakil rakyat daripada parti komponen Kerajaan Perpaduan.
Belanjawan 2027 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’ berpaksikan tiga tonggak utama Ekonomi MADANI, iaitu Menaikkan Siling bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara, Menaikkan Lantai bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat serta Memacu Pembaharuan Tatakelola dalam pentadbiran negara.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah warna pakaian yang menjadi pilihan utama Ahli Parlimen Barisan Nasional semasa pembentangan Belanjawan 2027?
A: Warna biru tua menjadi pilihan utama Ahli Parlimen Barisan Nasional semasa pembentangan Belanjawan 2027. - Q: Siapakah antara Ahli Parlimen yang menyertai #TeamBiru dengan penampilan sedondon?
A: Antara Ahli Parlimen yang menyertai #TeamBiru ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Datuk Mohd Isam Mohd Isa (Tampin), dan Mohd Kurniawan Naim Moktar (Kinabatangan). - Q: Apakah tema dan tonggak utama Belanjawan 2027 yang dibentangkan?
A: Belanjawan 2027 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’ dengan tiga tonggak utama iaitu Menaikkan Siling, Menaikkan Lantai, dan Memacu Pembaharuan Tatakelola. - Q: Adakah pemimpin Pakatan Harapan turut memilih warna biru semasa pembentangan belanjawan?
A: Ya, beberapa pemimpin Pakatan Harapan seperti Datuk Seri Fahmi Fadzil turut memilih busana biru dalam rona lebih lembut. - Q: Bagaimanakah pemilihan warna pakaian ini mempengaruhi suasana di Parlimen?
A: Pemilihan warna biru yang senada memberikan kelainan pada suasana di Parlimen dengan rona biru mendominasi penampilan sebahagian wakil rakyat daripada parti komponen Kerajaan Perpaduan.