MALAYSIA
Tebus bantuan SARA RM100 guna 'IC': Ini apa anda perlu buat

Kerajaan berharap semua bantuan ini akan menjadi penyuntik kelegaan buat rakyat, terutamanya dalam menangani tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar. - Sumber foto Sadiq Asyraf/Prime Minister’s Office of Malaysia
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan inisiatif penting di bawah rangka Kerajaan MADANI dalam Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia hari ini.
Antara pengumuman yang dinanti-nantikan adalah bantuan one‑off di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 untuk semua rakyat dewasa Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Ini merupakan kali pertama bantuan tunai disalurkan kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun secara menyeluruh melalui MyKad.
Berikut panduan untuk mendapatkan bantuan ini:1️⃣ Layak untuk semua rakyat dewasa 18 tahun ke atas
Mulai 31 Ogos 2025, semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak menerima RM100 secara one-off di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
2️⃣ Tiada permohonan diperlukan
Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas secara automatik layak mendapatkan bantuan tersebut.
3️⃣ Bantuan dikreditkan terus ke MyKad
Bawa MyKad ke kedai runcit, pasaraya terpilih.
4️⃣ Terpakai untuk kategori barangan terpilih
Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk membeli lebih 90,000 barangan keperluan dalam 14 kategori, termasuk:
* Beras, telur, roti
* Produk kebersihan rumah
* Ubat-ubatan
* Keperluan persekolahan
5️⃣ Lebih 4,100 premis runcit terlibat
Antara pasar raya terlibat ialah Mydin, Giant, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, dan lain-lain.
Senarai penuh kedai boleh disemak di mykasih.net/sara2/merchant-list
⚠️ Peringatan
* Bantuan ini tidak boleh dipindah milik; dan
* Kredit RM100 sah hingga 31 Disember 2025. Jika tidak digunakan, ia akan luput dan baki akan diagih semula kepada golongan rentan melalui program lanjutan.
PM Anwar berkata, Kerajaan berharap semua bantuan ini akan menjadi penyuntik kelegaan buat rakyat, terutamanya dalam menangani tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar.
Inisiatif ini juga menjadi lambang komitmen berterusan kerajaan untuk mengagihkan kekayaan negara secara saksama, seperti yang digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami