KOTA KINABALU: Akibat menegur cara pemanduan pemandu lain di lampu isyarat, seorang lelaki patah tujuh gigi serta cedera di kepala dan tangan selepas dibelasah dalam kejadian di Jalan Kolam, di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 21 tahun yang memandu kereta jenis Honda S660 dikatakan berselisih dengan sebuah lagi kenderaan Perodua Alza.
Bagaimanapun, ketika berada di lampu isyarat, mangsa dikatakan menegur kenderaan bersebelahan kerana tidak memberikan isyarat untuk masuk ke lorong laju.
Keadaan kemudiannya menjadi tidak terkawal sehingga pemandu Perodua Alza terbabit dikatakan bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dengan menggunakan batang besi.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata, menurut laporan diterima, suspek turut dikatakan memukul mangsa di kepala dan tangan menggunakan batang besi berkenaan.
Katanya, suspek kemudiannya masuk semula ke dalam kenderaannya dan terus meninggalkan lokasi kejadian.
“Mangsa yang cedera kemudiannya dibantu orang awam untuk keluar dari kenderaan. Dia kemudiannya menghubungi ahli keluarga sebelum dibawa mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.
“Setakat ini, suspek berusia 36 tahun itu sudah dikenal pasti dan usaha memburunya sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Habibi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Junaidi Ladjana
Wed Mar 31 2021
Mangsa yang cedera kini mendapat rawatan di hospital. - Foto PDRM
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Sambutan Hari Malaysia 2024: Cabaran dihadapi cerminan perpaduan rakyat Malaysia
Sambutan Hari Malaysia 2024 akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah bermula jam 6 petang pada 16 September ini.
Serangan memerang: Operasi Taman Perdana Tanjung Aru ditutup serta-merta
Penutupan itu susulan insiden serangan kumpulan memerang terhadap orang awam yang sedang berjoging di taman itu pada Rabu.
Dua rentung dalam nahas tiga kenderaan
Identiti kedua-dua mangsa yang menaiki Perodua Axia dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, belum diketahui setakat ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
51 rumah setinggan dirobohkan, enam warga asing ditahan dalam operasi di Kota Kinabalu
Pendatang yang ditahan berusia antara 25 dan 50 tahun, disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 51(c) Akta Imigresen 1959/63.
Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau
Pasukan bomba turut melakukan pemantauan di daerah lain antaranya Ranau, lokasi Gunung Kinabalu, Penampang, Lahad Datu dan Sandakan.
Program Pengajaran Bahasa Inggeris: AS sedia adakan perkongsian dengan Malaysia - Duta
Amerika Syarikat sentiasa terbuka untuk membincangkan perkongsian dengan Malaysia bagi melaksanakan program pengajaran bahasa Inggeris.
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Bomba Sabah padam lebih 3,900 hektar kebakaran terbuka
JBPM Sabah berjaya memadamkan kebakaran terbuka melibatkan luas kawasan lebih 3,900 hektar antara 1 Jan lepas hingga semalam.
Pelancong warga China lemas di Pulau Sapi
Seorang pelancong lelaki warganegara China meninggal dunia selepas dipercayai lemas di Pulau Sapi, semalam.