KUALA LUMPUR: Kesan inflasi daripada penyasaran subsidi diesel seharusnya boleh diurus kerana bahan api itu hanya menyumbang 0.2 peratus dalam bakul indeks harga pengguna (IHP) kerana logistik dan pengangkutan awam akan kekal mendapat subsidi, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).
Langkah menyasarkan subsidi diesel dianggarkan membawa penjimatan sebanyak RM4 bilion setiap tahun kepada kerajaan.
HLIB menyatakan bahawa anggaran penjimatan tahunan itu diterjemahkan kepada 0.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding sasaran defisit fiskal kerajaan sebanyak -4.3 peratus untuk 2024 dan -3.0 peratus hingga -3.5 peratus untuk 2025 berdasarkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.
"Kami menganggarkan bahawa setiap kenaikan 10 sen ke atas harga diesel akan meningkatkan IHP kurang daripada 0.01 mata peratusan (ppt) pada asas setahun penuh," tambahnya.
Firma itu melihat pelancaran subsidi bersasar bahan api secara positif kerana ia memberi isyarat bahawa kerajaan MADANI meneruskan pembaharuan ekonominya, yang boleh menjadi penghalang kepada penarafan berdaulat Malaysia, katanya.
"Perbelanjaan mengikut budi bicara pengguna mungkin berkurangan dengan harga bahan api yang lebih tinggi, walaupun ini mungkin jangka pendek berdasarkan pengalaman terdahulu, apatah lagi dengan beberapa kemungkinan kesan penampan daripada (pengeluaran) Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kenaikan gaji penjawat awam yang akan berlaku nanti," katanya.
Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kabinet telah bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api bermula dengan diesel dan kemudian petrol RON 95.
Penyasaran subsidi bahan api hanya akan melibatkan Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak dikecualikan buat masa ini.
Subsidi diesel akan terus diberikan kepada perniagaan yang menggunakan kenderaan komersial diesel membabitkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
Ia merangkumi pengusaha bas dan teksi serta kategori nelayan terpilih.
Selain itu, kerajaan juga akan menawarkan bantuan tunai kepada pemilik persendirian kenderaan diesel yang layak termasuk petani kecil, pesawah dan peniaga kecil. - BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
Langkah menyasarkan subsidi diesel dianggarkan membawa penjimatan sebanyak RM4 bilion setiap tahun kepada kerajaan. - Gambar hiasan
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 Nov.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Nov ini.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 7 hingga 13 Nov ini.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Okt ini.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Okt ini.
Harga runcit RON97 dan diesel turun lagi 6 sen
Harga runcit petrol RON97 dan diesel turun sebanyak 6 sen seliter bagi tempoh 19 hingga 25 September 2024.