Mungkin ramai berasa terancam dengan kewujudan kecerdasan buatan (AI) yang dikatakan akan mengambil alih kepintaran manusia, tapi percayalah ia hanya sebagai pembantu yang memudahkan urusan pengguna.

Teknologi bukan dicipta untuk menguasai kehidupan, sebaliknya dibangunkan bagi melancarkan urusan seharian kita semua.

Memberi fokus kepada hal tersebut, syarikat telekomunikasi terkemuka China, HUAWEI membangunkan teknologi AI ke dalam pelbagai peranti keluaran jenama tersebut termasuk model P40 Pro.

Ini antara pelbagai kemudahan dan kesenangan yang anda akan terima menerusi AI dalam peranti HUAWEI!:

1. Bekerja dengan skrin bersaiz lebih besar dengan kolaborasi paparan pelbagai
Adakah anda tahu bahawa kita boleh menggunakan model P40 Pro bagi menghasilkan skrin pelbagai dengan kolaborasi HUAWEI Matebook X pro atau Matepad Pro?

Teknologi kolaborasi paparan mampu meningkatkan kecekapan urusan kerja pengguna

Kaedah ini sekali gus membolehkan pengguna bekerja dengan lebih efisien dengan paparan telefon pintar pada skrin komputer riba dan Matepad mereka. Malah, ia membolehkan anda menggunakan fungsi kamera dan mikrofon bagi membuat sebarang panggilan melalui telefon pintar.

Fungsi kolaborasi skrin ini turut membolehkan pengguna dengan mudahnya menarik serta memindahkan fail antara komputer riba dan telefon pintar selain membuat panggilan HUAWEI MEEtime bagi membuat panggilan video lebih jelas dengan skrin lebih besar.

2. Sentuhan sambungan WiFi
Sering terlupa kata laluan WiFi bagi mendapatkan sambungan internet? Kini tidak perlu lagi rungsing dengan bantuan HUAWEI AX3 yang membolehkan anda memperoleh capaian internet dengan hanya satu sentuhan!.

Telefon pintar siri HUAWEI P40 HUAWEI paling terbaik dengan HUAWEI WIFI AX3. Anda dapat menikmati kelajuan rangkaian yang menepati standard WiFi 6 yang terkini dengan memiliki kedua-dua peranti ini.

Gabungan WIFI AX3 dan siri HUAWEI P40 membolehkan anda nikmati pengalaman penggunaan yang telus, mudah, cepat dan liputan sambungan WiFi yang lebih besar.

Tiada lagi masalah lupa kata laluan WiFi dengan router WIFI AX3.

3. Pengalaman OneHop Audio Sharing
Lupakan urusan kerja seketika! Rancang hujung minggu anda akan datang dengan sepenuhnya hanya untuk aktiviti santai dan bermalasan di rumah serta hiburan bersama rakan-rakan. Jom berhibur dengan lebih rancak dengan pembesar suara HUAWEI Sound X!.

HUAWEI Sound X merupakan pembesar suara pertama yang menyokong resolusi tinggi ciptaan HUAWEI dan Devialet. Ia merupakan tambahan kepada fungsi asas pembesar suara kecerdasan buatan (AI) HUAWEI.

HUAWEI Sound X dilengkapi dengan ciri butang sentuh pada bahagian atas yang membolehkan anda mengaktifkan fungsinya tanpa sebarang masalah.

Ini yang bakal anda nikmati dengan HUAWEI Sound X bersama ciri teknologi AI:

Rancang hujung minggu yang lebih rancak dengan fungsi canggih Sound X dengan teknologi AI

Sentuh telefon pintar anda yang mempunyai sokongan NFC dan Bluetooth pada pembesar suara. Ia membolehkan anda merasai pengalaman ciri OneHop Audio Sharing bagi model baharu yang lebih interaktif sekali gus menambah nilai HopePod dan Allure.

Apabila anda membuat sambungan telefon pintar dengan Sound X melalui NFC, pembesar suara tersebut dapat berfungsi sebagai Bluetooth bagi membuat panggilan dan memainkan audio daripada peranti pengguna.

Sound X membolehkan anda menjawab panggilan. Muzik yang sedang dimainkan akan jeda (pause) apabila terdapat panggilan masuk dan akan bersambung semula setelah panggilan ditamatkan.

4. Nikmati muzik kegemaran dengan FREEbuds 3
Untuk menghubungkan HUAWEI Freebuds 3, anda hanya perlu klik pada pop-up window4 untuk sambungan. Anda akan dihubungkan secara automatik apabila menggunakannya pada masa lain.

Sentuh sebanyak dua kali pada bahagian kanan untuk main atau tukar muzik, atau bahagian kiri jika ingin buka atau tutup fungsi ANC. Muzik akan berhenti secara automatik apabila anda tanggalkan FreeBuds ni dan akan sambung semula apabila memakainya.

Dengan Smart Charging, anda boleh gunakannya di mana jua. Manakala, jika anda gunakan pengecas USB Type-C yang biasa, anda boleh menggunakan case FreeBuds ni pada wireless charging mat untuk mengecas dengan cepat tanpa wayar, atau gunakan telefon pintar HUAWEI untuk reverse charging.

Nikmati muzik kegemaran anda dengan mudah dan segera!

5. Pantau kesihatan dengan Huawei Watch GT2
Aktifkan mode gim anda, namun tetap serlahkan gaya trendy dengan fungsi HUAWEI Watch GT2 serta nikmati muzik saat mengangkat dumbbell dengan HUAWEI Freebuds 3!

Semak kadar denyutan jantung dan rekod tahap tekanan anda dengan lebih mudah ketika berlatih di gim.

Kini HUAWEI Watch GT2 berfungsi sebagai jurulatih peribadi anda! Tidak perlu risau kerana peranti ini dapat mengesan kadar degupan jantung dan merekod tahap tekanan ketika melakukan latihan!

HUAWEI Watch GT2 ini dilengkapi dengan 15 modul sukan dan boleh memantau kesihatan anda berdasarkan modul yang berbeza. Tambahan juga, Huawei Watch GT2 mempunyai fungsi kalis air. Maka, tiada lagi masalah untuk mengangkat panggilan telefon ketika berlatih ataupun berenang di mana-mana dan pada bila-bila masa!

Dengan rangkaian peranti diperkenalkan HUAWEI bersama ciri teknologi AI ini, secara jelasnya ia bertindak sebagai pembantu peribadi harian pengguna sekali gus memudahkan urusan anda.

Lengkapi kehidupan anda dengan ekosistem teknologi HUAWEI.

Kesinambungan hubungan dengan HUAWEI SHARE! Semua ciri-ciri canggih HUAWEI SHARE ini dibangunkan dengan inspirasi satu sentuhan. Ya, satu tap untuk semua!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web HUAWEI atau klik pada pautan di bawah bagi paparan video HUAWEI.

Sumber Facebook HuaweimobileMY