KOTA KINABALU: Penggunaan teknologi terutama melibatkan teknologi maklumat dan media sosial memainkan penting dalam melancarkan proses Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk warga Indonesia di Sabah.
Ketua Panitia Pemilu Luar Negeri (PPLN) Kota Kinabalu Marwan Wardhana berkata Sistem Data Pemilih (Sidalih) merupakan aplikasi yang diguna pakai untuk mengemas kini data terkini pemilih dan juga bagi mengesan pertindanan data pemilih atau pemilih berganda.
Bagi mengira jumlah undi dengan lebih cepat, berkesan serta meminima kesalahan kiraan, pihaknya pula menggunakan Sistem Ekapitulasi Elektronik (Sirekap) dan sistem berkenaan memberikan suatu mekanisma ketelusan untuk Pemilu 2024.
"Pemilu 2024 kali ini kita lebih banyak menggunakan teknologi seperti ini untuk kerja-kerja pendataan dan pendaftaran misalnya, bila dia sudah terdaftar dalam sistem sudah tentu ketahuan bila dia menggunakan identiti yang lain.
"Sistem manual sebelum ini jika hilang catatan itu, pemilih tidak terdaftar, sekarang semua gunakan sistem, kita tahu pemilih terdaftar atau belum serta maklumat daftarnya," katanya kepada Bernama pada pengundian Pemilu 2024 di Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu di sini pada Ahad.
Proses pengundian di Sabah untuk 158,111 pengundi berdaftar yang dilaksanakan di Kota Kinabalu berlangsung di dua lokasi iaitu KJRI Kota Kinabalu dan Sekolah Indonesia Kota Kinabalu di Sepanggar manakala di Tawau pula di Kompleks Sukan Tawau.
Marwan berkata pengundi juga boleh memeriksa data pemilih mereka secara dalam talian di laman sesawang https://cekdptonline.kpu.go.id/ dan pemilih juga boleh mengetahui tempat pengundian mereka melalui laman sesawang tersebut.
Beliau berkata pihaknya menggunakan media sosial antaranya Facebook dan Youtube untuk menghebahkan mengenai pemilihan tersebut selain memberi maklumat terkini mengenai Pemilu 2024.
"Jemputan (surat mengundi fizikal) juga kita hantar, orang muda ini memilih dapatkan maklumat mereka melalui media sosial, juga teknologi lain manakala yang berumur lebih suka dapat surat lihat informasinya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024
Marwan berkata pengundi juga boleh memeriksa data pemilih mereka secara dalam talian di laman sesawang https://cekdptonline.kpu.go.id/. - Gambar Bernama
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
Prabowo-Gibran diumumkan pemenang rasmi Pilpres 2024
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengumumkan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden dan Naib Presiden (Pilpres) 2024.
Jokowi minta bukti dakwaan penipuan dalam pilihan raya
Presiden Joko Widodo yang menjawab kebimbangan mengenai dakwaan penipuan dalam pilihan raya, menekankan mengenai pentingnya dakwaan sedemikian disertakan bukti.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemilu 2024: Biarpun jauh di New York, Cinta Laura Kiehl tidak lepas tanggungjawab mengundi
Biarpun Jauh Di New York, Cinta Laura Kiehl Tak Lepas Tanggungjawab Mengundi Sempena PEMILU 2024
Teknologi terkini, media sosial lancarkan Pemilu 2024 di Sabah
Penggunaan teknologi terutama melibatkan teknologi maklumat dan media sosial memainkan penting dalam melancarkan proses Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk warga Indonesia di Sabah.
Pertama kali sertai politik, Once Mekel rayu rakyat Indonesia di Malaysia mengundinya
Once merupakan calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang mewakili kawasan Daerah Khas Ibukota (DKI) Jakarta II meliputi Jakarta Selatan serta Jakarta Pusat.
Pemilu 2024: Jutaan hadir kempen akhir, Anies sifatkan “tiada hati yang tidak bergetar”
Ratusan ribu penyokong calon presiden dan wakil presiden nombor 1 Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar membanjiri Jakarta International Stadium bagi menghadiri kempen terakhir pada Sabtu.
Pemilu: Duta Indonesia jangka 30 peratus pemilih berdaftar di Malaysia tunai tanggungjawab
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono menjangkakan sekitar 30 peratus daripada 832,420 rakyat Indonesia yang menetap di Malaysia dan berdaftar sebagai pemilih akan menunaikan tanggungjawab.
Indonesia: Lebih 205 juta pengundi layak mengundi pada pilihan raya 2024
Lebih 205 juta rakyat Indonesia yang tinggal di dalam dan luar negara layak mengundi dalam pilihan raya umum yang dijadualkan pada 14 Feb 2024, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU).