RANTAU PANJANG: Seorang lelaki meninggal dunia selepas terkena tembakan daripada pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) sewaktu membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeberang Sungai Golok di sini awal pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memaklumkan lelaki berusia sekitar 30-an berkenaan yang dipercayai tekong dikatakan sebelum itu bertindak menyerang pegawai dan anggota yang menyedari kehadiran sekumpulan PATI.
Tambahnya, kejadian berlaku sekitar jam 1.40 pagi tadi di salah sebuah pangkalan haram di Jeram Perdah, Rantau Panjang.
"Dalam Ops Wawasan di Jeram Perdah, sepasukan pegawai dan anggota polis dari pasukan Strike Force Kompeni A, Batalion 9 PGA, pada ketika itu telah melihat kelibat sekumpulan PATI yang telah menyeberang dari negara Thailand ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.
"Sewaktu kejadian, pengadu bersama anggota cuba menahan individu berkenaan namun secara tiba-tiba lelaki berkenaan telah berlari ke arah pengawai tersebut sambil memegang senjata parang.
"Ketika lelaki berkenaan bertindak menyerang pengawai dengan menggunakan parang, pegawai tersebut telah melepaskan satu das tembakan dari arah sisi kiri lelaki tersebut bagi tujuan mempertahankan dirinya dari serangan tersebut," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurut Muhamad Zaki lagi, selepas lelaki berkenaan terkena tembakan, dia mengalami kecederaan sebelum dikejarkan ke Hospital Lati, Pasir Mas.
"Semasa mendapatkan rawatan, individu berkenaan telah meninggal dunia dan disahkan oleh pegawai perubatan di hospital berkenaan pada jam 2.12 pagi tadi.
"Pemeriksaan mendapati kesan tembakan di bahu kiri lelaki berkenaan dan tiada kesan BCG di temui pada bahu lelaki tersebut," katanya lagi.
Muhamad Zaki berkata lelaki berkenaan dipercayai bukan warganegara Malaysia.
"Tiada dokumen diri ditemui pada lelaki tersebut dan beliau dipercayai tekong yang membawa masuk PATI melalui jalan tersebut ke satu tempat persembunyian sebelum diambil oleh pengangkut yang lain," katanya.
Tambahnya, pihak polis juga telah membuat pemeriksaan dan merampas sepucuk pistol jenis Styer bersama peluru dan sebilah parang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata 1960 , Seksyen 55 E dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Pihaknya juga telah menahan lima lelaki dan dua perempuan disyaki PATI warganegara Myanmar.
Vivi Sumanti
Thu Sep 22 2022
Menurut Muhamad Zaki, selepas lelaki berkenaan terkena tembakan, dia mengalami kecederaan sebelum dikejarkan ke Hospital Lati, Pasir Mas.- Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tekong bawa PATI seberang Sungai Golok maut terkena tembakan anggota PGA - Polis Kelantan
Seorang lelaki meninggal dunia selepas terkena tembakan pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) sewaktu membawa pendatang asing tanpa izin, PATI.