awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tekong bot dikhuatiri lemas

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/07/2017
03:39 MYT
Tekong bot dikhuatiri lemas
Usaha mencari tekong bot yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh di perairan Kuala Sala kira-kira jam 4.30 petang Sabtu diteruskan 7 pagi tadi.
Usaha mencari tekong bot yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh di perairan Kuala Sala kira-kira jam 4.30 petang Sabtu diteruskan 7 pagi tadi.
Operasi ditangguhkan jam 7.30 petang Sabtu.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Hafiz Abu Hassan, 36 tahun.
Dia dilaporkan terjatuh dalam jarak 12 batu nautika barat daya Kuala Kedah.
Timbalan Pengarah Operasi Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Leftenan (M) Hairilizhar Noraazmi memberitahu bot mangsa telah ditemukan petang Sabtu.
“Setakat ini, kita belum dapat apa apa petunjuk. Pencarian mangsa akan mengambil kira fenomena air pasang surut dan juga arah tiupan angin berdasarkan lokasi bot yang dijumpai.
“Pencarian belum diperluaskan, kita masih berada di kawasan lebih kurang 80 batu persegi,” kata Hairilizhar.
Operasi pencarian pada Ahad menggunakan aset milik APMM, Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba serta dibantu nelayan tempatan.
Topic Berkaitan
#APMM
#bot
#dikhuatiri lemas
#Hairilizhar Noraazmi
#Mohd Hafiz Abu Hassan
#nelayan
#perairan Kuala Sala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan