awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Telegram Yang Dipertua Dewan Negara Wan Junaidi digodam

Bernama
Bernama
06/09/2023
06:28 MYT
Telegram Yang Dipertua Dewan Negara Wan Junaidi digodam
Wan Junaidi memaklumkan hal tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Akaun Telegram milik Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak beberapa hari lepas.
Perkara itu disahkan Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini, yang turut memaklumkan hal tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan panggilan ataupun mesej yang mengakui dan menyamar sebagai dirinya, terutama yang melibatkan kewangan atau janji temu.
"Bagi sesiapa yang menerima mesej atau panggilan sebegini, boleh menghubungi pejabat saya di talian 03-26017610 untuk pengesahan lanjut. Saya amat kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap masyarakat tidak mudah terpedaya dengan penipuan sebegini.
"Saya menasihatkan orang ramai agar lebih peka dengan sindiket penipuan melalui pelbagai aplikasi media sosial dan melaporkan tindakan penggodam ini kepada pihak berkuasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akaun telegram
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Yang Dipertua Dewan Negara
#digodam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan