awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teliti semula pendekatan ekonomi agar tumpu inovasi tempatan - Liew

Bernama
Bernama
19/06/2025
14:45 MYT
Teliti semula pendekatan ekonomi agar tumpu inovasi tempatan - Liew
Liew menyifatkan peralihan berkenaan penting bukan hanya dari segi mendapatkan perjanjian perdagangan asing, tetapi turut menjana peluang pekerjaan yang berkualiti. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu meneliti semula pendekatan ekonominya dan menumpukan teknologi dan harta intelek yang dihasilkan tempatan bagi mengurangkan kebergantungan ke atas inovasi asing, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
Beliau berkata Malaysia perlu menyasarkan untuk mencapai kelebihan teknologi -- nilai yang diraih daripada inovasi tempatan dengan memupuk satu ekosistem sokongan untuk syarikat-syarikat domestik dan pemain serantau dalam pembentukan serta pemilikan teknologi.
"Kita perlu memastikan pada peringkat tertinggi misalnya, ekonomi kita mampu mendapatkan lebih banyak kelebihan atau nilai teknologi itu dan tidak hanya berharap kepada teknologi asing.
"(Sehubungan itu) kita perlu mempunyai syarikat-syarikat yang sememangnya syarikat Malaysia, ASEAN yang membentuk, menginovasi serta mencipta nilai agar dapat meraih lebih banyak manfaat teknologi daripada ekonomi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi bual santai bertajuk "The Role of ASEAN Government Authorities: Women and Ministries in Driving the Economy" di Forum Ekonomi Wanita ASEAN 2025 di sini, hari ini.
Menjelaskan selanjutnya, Liew menyifatkan peralihan berkenaan penting bukan hanya dari segi mendapatkan perjanjian perdagangan asing, tetapi turut menjana peluang pekerjaan yang berkualiti dan berkemahiran serta menawarkan gaji lebih tinggi untuk rakyat Malaysia.
"Bagi mencapainya, kita perlu meneliti semula cara pemikiran terhadap ekonomi. Kita tidak boleh bergantung kepada gaji rendah, ekonomi berorientasikan eksport atau strategi pengindustrian dan sebaliknya perlu mengimbangi antara permintaan dan penawaran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#pelaburan
#pendekatan ekonomi
#strategi pengindustrian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan