awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Telur import: Ka Siong ingatkan Deepak buat laporan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
18/03/2023
01:00 MYT
Telur import: Ka Siong ingatkan Deepak buat laporan polis
Pada 6 Dis 2022, kerajaan mengumumkan kebenaran bagi mengimport telur dari sumber luar sebagai langkah sementara mengatasi kekurangan bekalan telur. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengingatkan sekali lagi kepada ahli perniagaan Deepak Jaikishan untuk membuat laporan polis bagi membuktikan yang dia tidak pernah menghubungi beliau berhubung isu bekalan telur import.
Tegas Ka Siong, sekiranya Deepak gagal berbuat demikian, beliau sendiri yang akan membuat laporan polis.
“Segala-galanya akan terjawab sekiranya Deepak yang membuat laporan polis. Sudah tentu pihak polis boleh siasat siapa pemilik nombor telefon bimbit itu yang menghubungi saya dan siapa yang mengaku sebagai Deepak.
"Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 15 Mac 2023 serta memandang serius terhadap penyalahgunaan PMO dalam mengugut saya,” katanya dalam satu hantaran pada Jumaat.
Sebelum ini, beliau memaklumkan seorang individu mengaku sebagai Deepak mewakili sebuah syarikat telah menghubunginya dan mendakwa telah mencapai persetujuan dengan PMO supaya bekas menteri pengangkutan itu membetulkan kenyataannya berhubung isu import telur ayam dari India.
BACA: Wee Ka Siong terima surat saman kedua pengimport telur India
BACA: Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman
Bagaimanapun, Deepak kemudiannya tampil menafikan bahawa dia ada berbuat demikian terhadap Ka Siong.
Ka Siong kemudiannya menggesanya untuk membuat laporan polis supaya satu siasatan dapat dijalankan.
Bagaimanapun pada Jumaat, syarikat yang diwakili Deepak menyatakan yang dia ada menghubungi beliau bagi membincangkan isu kontroversi telur itu.
BACA: Wee Ka Siong dakwa terima ugutan isu bekalan telur import
BACA: Pengimport telur gagal saman Ka Siong
Perkara itu dilihat oleh Ka Siong sebagai sesuatu yang lucu olehnya.
“Jadi, siapa sebenarnya yang membuat panggilan telefon kepada saya memandangkan Deepak menafikan sebarang kaitan dengan syarikat itu?
“Adakah ini membuktikan J&E Advanced Tech Sdn Bhd membuat panggilan kepada saya dan menggelar dirinya sebagai ‘Deepak’? soal beliau.
Ujarnya, persoalan itu akan terjawab jika Deepak membuat laporan polis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Wee Ka Siong
#telur import
#laporan polis
#Deepak Jaikishan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan