awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir umum pengeluaran minyak baharu dari medan Teluk Suez
Mariah Carey bakal nyanyi lagu Itali pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk
KDN selesai lebih 12,000 permohonan dokumen pengenalan diri penduduk pedalaman Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembak anggota PGA: 52 suspek direman 28 hari di bawah SOSMA - Polis

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
08/12/2020
08:27 MYT
Tembak anggota PGA: 52 suspek direman 28 hari di bawah SOSMA - Polis
Surina meninjau kawasan dua anggota PGA ditembak di Padang Besar, hujung bulan lalu. -Gambar fail
KANGAR:Seramai 52 individu yang ditahan di beberapa lokasi di sekitar Perlis dan Kedah sebelum ini, direman selama 28 hari bagi membantu siasatan kejadian tembakan terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand, 24 November lalu.
Perintah reman terhadap 22 individu akan bermula hari ini mengikut Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2010 (SOSMA) manakala 30 suspek yang lain bermula esok.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad menjelaskan seorang individu yang sebelum ini ditahan di Padang Besar, Perlis akan dibebaskan selain bakal menjadi saksi dalam proses pendakwaan kelak.
"Untuk tangkapan, (secara keseluruhan) kita dah buat 53 tangkapan (di beberapa lokasi di Perlis dan Kedah), hari ini (Selasa) kita akan buat reman di bawah SOSMA, dan (ia melibatkan) seramai 22 orang.
"Selebihnya 30 orang... besok (Rabu) akan ditahan di bawah sosma juga dan seorang akan dibebaskan. (Individu yang dibebaskan) dia akan jadi saksi pendakwaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks DUN Perlis, di sini, hari ini.
Tambahnya, siasatan berhubung kes berkenaan dibuka dibawah Seksyen 130V, BAB VIB Jenayah Terancang Kanun Keseksaan.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata pihaknya masih menunggu keputusan berhubung permohonan untuk membawa pulang tiga suspek kes berkenaan yang kini ditahan di Thailand.
Surina berkata, laporan bagi proses berkenaan telah dibuat kepada pihak Pegawai Perhubungan Polis Malaysia (MPLO) di Thailand dan berharap agar ketiga-tiga mereka dapat dibawa pulang untuh dituduh di Malaysia.
Pada 24 November lalu, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, yang merupakan anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, terkorban akibat ditembak kumpulan penyeludup.
Rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, pula mengalami kecederaan parah selepas terkena tiga tembakan.
Topic Berkaitan
#PGA
#tembak
#ditembak
#sempadan
#malaysia-thailand
#SOSMA
#reman
#52 suspek
#3 di thailand
#Polis Perlis
#Surina Saad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan