awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembak isteri: Lans koperal mohon ziarah kubur selepas dituduh

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/03/2023
03:40 MYT
Tembak isteri: Lans koperal mohon ziarah kubur selepas dituduh
Tertuduh (berbaju merah) didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. - Gambar/ Astro AWANI
KANGAR: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya 5 Mac lalu.
Mohamad Nizarman Hassim, 27, bagaimanapun hanya menjawab faham selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret, Ana Rozana Mohd Nor, dan tiada pengakuan direkodkan.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Nizarman didakwa membunuh Safsufarnisya Salleh, 26, di sebuah rumah di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat di sini, sekitar jam 6.45 hingga 8.50 pagi.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Tembak Isteri | Jenazah selamat dikebumi
BACA: Tembak mati isteri: Lans Koperal direman tujuh hari
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mohd Nordin memohon mahkamah untuk mempertimbangkan supaya tertuduh dihantar ke hospital psikiatri untuk penilaian mental selama sebulan.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan Mohd Nordin dan menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan penilaian psikiatri tertuduh.
Sementara itu, suasana di dalam mahkamah menjadi sayu sebaik tertuduh hendak dibawa keluar apabila dia merayu kepada Majistret untuk memberi kebenaran menziarahi kubur isterinya. Permintaannya bagaimanapun tidak dibenarkan oleh Majistret.
Dalam kejadian 5 Mac lalu, suspek yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis disyaki membunuh isterinya yang ketika itu hamil lima bulan.
Suspek dipercayai melepaskan lima das tembakan pada jarak dekat dengan salah satu tembakan terkena mata kiri mangsa mengakibatkan wanita itu maut di tempat kejadian.
Topic Berkaitan
#Mohamad Nizarman Hassim
#polis tembak isteri
#Perlis
#dituduh di mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan