awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembak mati isteri: Lans Koperal direman tujuh hari

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
06/03/2023
03:13 MYT
Tembak mati isteri: Lans Koperal direman tujuh hari
Polis memperolehi reman selama tujuh hari bagi melengkapkan siasatan ke atas suspek yang juga anggota polis berpangkat Lans koperal yang menembak mati isterinya di sebuah rumah di Simpang Empat, Kangar, pada Ahad. - Gambar Astro AWANI
KANGAR: Polis memperolehi reman selama tujuh hari bagi melengkapkan siasatan ke atas suspek yang juga anggota polis berpangkat Lans koperal yang menembak mati isterinya di sebuah rumah di Simpang Empat, di sini, pada Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Kangar, Ana Rozana Mohd Nor dalam sebuah wad di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bermula hari ini sehingga 12 Mac ini bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan tahanan reman suspek.
Beliau berkata, reman terpaksa dilakukan di HTF berikutan suspek berusia 27 tahun itu dirawat dan bakal menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital tersebut.
Yusharifuddin memaklumkan, pihaknya menyiasat motif suspek bertindak sedemikian dari pelbagai aspek sama ada suspek terbabit dengan penyalahgunaan dadah, faktor kemurungan atau permasalahan membabitkan mental.
Sebelum insiden itu berlaku, kata beliau, tiada sebarang pergaduhan mahupun pertikaman lidah berlaku antara pasangan terbabit sebelum kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian jam 7 pagi semalam suspek yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis disyaki membunuh isteri mangsa yang juga seorang suri rumah.
Mangsa ditembak dengan lebih daripada lima das tembakan, menggunakan pistol Walter P99 dari jarak dekat dan terkena bahagian bawah mata kiri mangsa.
Topic Berkaitan
#Lans Koperal direman
#tembak mati isteri
#Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
#IPK Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan