awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembakan di KLIA: 'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'

Sinar Harian
Sinar Harian
14/04/2024
04:40 MYT
Tembakan di KLIA: 'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'
Mohd Shuhaily dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Ahad. - Foto Sinar Harian
SEPANG: Semua kontinjen negeri telah digerakkan untuk mengesan suspek kes tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi amaran kepada suspek, Hafizul Zarawi, 38, supaya bekerjasama dan menyerahkan diri di mana-mana balai polis.
“Semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah kontinjen negeri terdekat dan bersempadan dengan negara jiran telah digerakkan bagi mengesan suspek.
“Jadi kepada saudara Hafizul saya sarankan datang ke mana-mana balai menyerah diri dengan aman, jangan kita ikut amarah kita, dia akan memburukkan lagi keadaan,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Ahad.
Mohd Shuhaily berkata, kejadian yang berlaku pada pagi itu sudah pun terjadi dan dinasihat agar suspek terbabit tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Jelasnya, buat masa ini motif dikenal pasti berkait perihal peribadi antara suspek dan isterinya.
"Selepas kita tangkap suspek baru kita akan dapat motif sebenar.
"Dalam konteks ini polis mengenal pasti suspek sebagai bersenjata dan juga berbahaya dan orang awam yang melihat suspek ini agar dapat berkongsi maklumat dengan pihak polis dan jangan bertindak sendiri," ujarnya.
Tegasnya, kes ini mendapat perhatian Bukit Aman kerana ia berlaku di kawasan penting keselamatan pintu masuk negara.
Sebelum itu, media melaporkan seorang pengawal peribadi parah terkena satu das tembakan, manakala isteri suspek yang menjadi sasaran utama terselamat dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tembakan
#KLIA
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
#serah diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan